Tuesday, 31 December 2013

Tradisional


Aku tonton satu dokumentari tadi. Aku memang peminat tegar dokumentari. Tak kisah la dokumentari pasal lifesytle ke, budaya ke, pasal buaya pun aku layan. Biasa la orang tua, manada nak layan drama-drama popular masakini yang temanya mainly pasal kahwin paksa lepas tu jatuh cinta tuh (muntah sat). Jadi, apa yang aku nak ceritakan disini adalah pasal dokumentari yang aku tonton tadi. Kisahnya, adalah berfokuskan kepada sebilangan masyarakat yang masih menjalani kehidupan yang boleh dikatakan agak tradisional. Eh memang tradisional habis. Mereka ni tinggal di kawasan-kawasan pergunungan yang jaauuh dari dunia moden. Aku suka hidup macamtu. Hidup tak dilingkungi masalah sosial, sara hidup rendah, takdak GST (ehh), takdak loan belajar (ehh lagi), takda hutang rumah (eh eh eh), takdak twitter, takdak pesbuk, takdak instagram, takdak nomophobia, they eat real food (manada KFC, mekdi, air soda, coke etc), minum air fresh dari gunung, hirup udara segar dan lain-lainlah. Malam-malam lepak luar rumah boleh berbumbungkan bintang yang bertaburan, Ya Allah.. itu nikmat sekali! Di kawasan bandar? Jangan harap, sebab langit bandar mostly dah tepu dengan pencemaran cahaya. Tak ke bahagia macamtu..


Monday, 30 December 2013

A Proud Librocubicularist




Nomophobia


So true ! I met with  these kind of people ( Iphone and Android users) . They seems like they cant live without their phone, its like they're going to suffocate to death whenever their phone is not with them. I'm not overgeneralizing, this statement made based on my mere observation :)

Sunday, 29 December 2013

2013


Okay lets begin. January dimulakan dengan pementasan drama.Jadi, mula berlatih pada penghujung disember. Aku tak pernah terfikir, tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku yang aku akan berlakon. Jadi lelaki pulak tu. Siap kena mekap ada mustache dengan janggut. Rupa tu okey la. But hey, it wasn’t a sublime acting for me, it was like a total crap, a total mess.Aku takda bakat, harap maklum. Final examination for the fifth semester went well.  Habis saja examination, heading back to sg petani, cuti tak lama, sebulan lebih sahaja. Jadi masa di rumah yang terluang tu aku habiskan dengan menjadi babysitter kepada aliff. He was around 2 months old at that time. Lembik macam agar-agar. Bhahaha.  

Awal Februari, asyik balik kampung je. Hujung minggu je mesti balik. Sebab masa ni arwah tokwan aku tengah tak sihat. And he passed away, al Fatihah. Pertengahan Februari, semester keenam merangkap semester terakhir pengajian pun bermula. Tapi. Tapi kelas aku bermula 3 minggu lewat dari tarikh sepatutnya sebab ada masalah teknikal sikit. Geram jugak rasanya. Tapi, ada hikmah dia. Sebab sesampainya aku kat kampus pada 17 Februari tu, aku demam, dapat ulser. Memang seksa sebab jarang kena plus aku ni kategori tak tahan sakit. Aku tak bercakap, aku tak makan, aku rasa macam the living dead dah waktu tu. Haha. Lepas seminggu, ulser pun hilang, demam pun kebah. Tapi. Datang lagi penyakit lain. Secara tak semena-mena, tapak kaki kiri aku sakit. Sakit yang tak tergambar. Rasa bisa. Mencucuk-cucuk macam jalan atas jarum. Nak pergi ke toilet aras aku tu, tahu berapa lama masa aku ambik? 20 minit! Padahal selang beberapa bilik je dah jumpa toilet. And it gets worse during nights. Tapak kaki jadi merah dan rasa panas yang amat. Tak terucap dengan kata-kata. Lepas tu, aku consult doctor. Dia syak aku ada gout. Tapi heran jugak,muda muda dah ada gout? Plus aku jarang makan makanan yang sebabkan gout. Aneh. Dan kena buat ujian darah. Jadi dalam masa tunggu keputusan ujian keluar, aku tetap kena pergi mesyuarat dengan aktiviti fundraising untuk program wajib our school. Berjalanlah aku dengan terhincut-hincut. Memang menguji. Aku tak bagitau famili aku pun mula-mula aku sakit tu. I don’t want anyone worry about my well beingness. Biar aku tanggung sorang-sorang, iron lady kan. Eheh. Tapi bila semakin teruk, nak taknak, kena bagitau. Based on the blood test result, everything was normal, nothing is wrong with my body. Doktor pun hairan.Adik aku boleh kata aku pijak anak jin, apakebenda tah adik aku tu pun. Aku dah demoralized waktu ni. Rasa macam nak tangguh semester je.  Tapi selang beberapa hari kemudian, poof! The pain was gone. Like nothing happened.  Syukur . Dan kelas pun bermula. Nampak tak hikmah dia kelas mula lambat. Dan first time aku solat duduk. Pengalamannn. Yes everything happened for a reason, I admit that J

Mac. The busiest month for 2013. Awal Mac, program wajib our school. Ada penilaian untuk program ni.. Sebelum pukul 7 dah ada kat pusat pengajian, lewat malam pukul 1 pagi baru balik bilik. Tingtong aku dibuatnya. Program 2 hari tu pun habis, dan ianya berjaya! Alhamdulillah. Rasa lega sangat sebab ni affect markah LI jugak dan syarat wajib kena pass. Tapi kesibukan tak habis lagi. Sampai hujung Mac sibuk. The following week tu ada program GAP. Tapi kan hari kedua program tu aku ponteng, haha. Aku buat program sendiri, lebih afdhol J Aku memang suka being busy sebab bila aku sibuk, aku tak buat/ingat benda-benda yang lagho, benda-benda yang buat aku down etc  sebab waktu ni macam-macam hal timbul, dengan KP la, dengan thesis la, itu la ini la. Hujung Mac aku pegi ambik angin kat Cameron dengan kawan-kawan, kononnya nak unwind. And yes we did unwind ourselves yayy. Kenangannyaa!J So during the trip, there was this guy, I noticed him since early February at college’s cafĂ©. Dan aku tak sangka dia ikut trip tu. And yes, dia memang sesuatu. Pelik betul. Tapi simpan rasa pelik dalam hati je la. Aku ni idok le gedik sangat nak bagi respons.

April and May, I was struggling for my thesis. Awal April, cuti midsem. Balik rumah sebab nak bagi questionnaire kat respondens. Muiz banyak tolong aku masa bagi questionnaire kat students SMKBSP, thanks Muiz! Dan Ada viva pada penghujung April. 26th April. Memang kalut dan serabut. 3 kali aku terpadam data dalam SPSS. Satu kerja pulak nak key in data balik dalam SPSS tu. Dah la responden aku ramai. Nak nangis je rasa. Tapi aku tahan je.  Memang stressful.  Dengan banyak pulak pembentangan nak buat. Dengan hal itu, hal ini. Luaran memang nampak aku macam rileks, dalaman punyalah berselirat ALLAH saja yang tahu. Quite a hard time of my life. Tapi katanya wanita besi, ehh?? :D Tapi, lepas je viva, rasa lepas dan bebas. Malam sebelum viva tu, aku berjaga sepanjang malam, perbetulkan slide, praktis bentang. Dan esoknya pagi-pagi dah tercangak kat school. Tak nervous langsung. Sebab aku macam numb waktu tu. Apa pun aku tak rasa. Sebab tak tido semalaman. Yang aku tahu lepas sesi pembentangan aku nak serbu katil dulu! Habis je viva, rasa sangat happy! Coursemates semua sengih manjang. Sebab masing-masing tahu masing-masing di landasan yang benar. Eceh. 

Bulan Mei, kalut siapkan semua assignments, perbetul tesis, update pasal tempat praktikal. Dan kalut jugak ambik tahu pasal PRU, bhahaha! Masa ni pakat duk minat sorang politician ni dengan mija. Simply because we adore the way he presented himself, nampak berkaliber. Dan hujung May,pembentangan terakhir core subject. Aku paling suka bila pensyarah feveret aku suka kerja aku dengan partner aku.  Sebab aku minat subjek yang dia ajar sebab tu aku buat sehabis baik. Haha, dasarr. Dan Jun, peperiksaan bermula. Dan sebelum tu, study week seminggu. Kalut cantikkan tesis. Tak study sangat pun, maklum aa bukan jenis rajin. Hiks. 2 paper je. Satu subjek memang aku suka habis, satu lagi, er tak minat sebab kena menghafal. Habis exam je, start pack barang balik rumah. Seronok. Tapi sedih. Bercampur baur. Sebab berpisah dengan kawan-kawan. Orang lain habis je exam,dah start praktikal. Aku pulak rileks dulu 2 minggu. Hahaha.

15th July, mula praktikal. Ofis best, so like a home la dah memang pun bangunan banglo yang dijadikan ofis. Nasib ada parhana jadi tak la terkontang-kanting kat tempat baru. Supervisor pun best. Banyak pengalaman dapat. Attend event itu, event ini. Masuk kerja jam 9.30 pagi. Bila dah ada kereta, selalu balik lambat. Enjoy kerja katanya. Haha. Kami kerap jugak masak untuk lunch dan jamu manusia-manusia kat opis tu. Selalu kena stock up makanan kat dapur. Multitasker kan, semua benda dibuat. Kadang balik kerja, terus pergi Putrajaya, bila pegi ok je, bila balik asyik sesat. Haha. Dah la banyak tol booth. Memang mencekik darah la duduk sana. Sepatutnya tempoh praktikal 2 bulan sahaja tapi memandangkan konvokesyen bulan 10, dan aku tak kerja lagi, makanya aku sambung la praktikal lagi sebulan. Habis je praktikal awal Oktober, balik rumah. Eh tak, balik kampung! Raya Haji. Dan aku bawak balik penyakit demam sekali. Famili semua pegi Terengganu, aku bedridden. Lagi seminggu nak konvo, aku balik kampus. Dengan kawan-kawan. Konon nak spend quality time together la, yelah lepas ni susah nak jumpa. Huhu. Seminggu kat sana, tak lekat kat bilik. Asyik berjalan je, duit pun cepat la kering. Nipis poket T__T

Habis konvo, balik jadi penanam anggur. Tapi baru sekarang aku sedar anggur yang aku tanam taknak hidup, taknak membiak. Mandul agaknya. Haha. Rehat 2 minggu lepas tu buat kelas tusyen kat anak-anak jiran. Tenggelam suara aku, ramai sangat. Sudahnya, aku ketuk whiteboard dengan marker pen just to get their attention. Kelas tusyen tu masih wujud up until now, tapi rasanya akan diterminatekan. Sebab bebudak tu dah nak mula sekolah dan aku pun mungkin akan bekerja di sebuah taska. We’ll see how la. Takkan aku nak teruskan dengan bisnes anggur yang tak menjadi tu. Jadi sebelum secure a good job, why not kerja biasa-biasa dulu kan.

Aku banyak belajar dari pengalaman yang aku tempuhi sepanjang tahun ni. Macam-macam terjadi. Dan semuanya ada hikmah tersendiri. Dan tahun ni tahun paling kerap aku demam. 3 kali. Kafarah dosa :D Harapnya tahun depan lagi cemerlang, gemilang dan terbilang, dan semoga lebih matang, dan semoga berjaya kumpul pahala, pengalaman, dan err duit sebanyak-banyaknya, hehehehe.
Ameen!!




Tumblr

Dah lamaa tak bukak Tumblr. Tumblr jugak yang best sebenarnya :)

Saturday, 28 December 2013

Q - A Session



1. Do you need him/her to be good looking?
: tak kisah pun, janji hati baik. dan tak flirtatious, aku anti sikit golongan gini.

2. Smart?
: itu wajib la, kang tak smart enough tak best nak sembang sembang.

3. Preferred age?
: jangan muda dari aku sudah la, nanti aku layan macam adik.

4. Preferred height?
: ideal height.

5. How about sense of humor?
:mesti ada la, nanti hidup suram.

6. Accepts you for who you are?
:yes

7. Thin or fat?
: asal sihat.

8. Black, Brown or White (skin color)?
: tan. boleh?

9. Long hair or short hair?
:short one. tu macam brother dalam supernatural. mamat nama dean winchester tu, ehe.

10. Smells good?
: yes.

11. Smoker?
:no.

12. Drinker?
:no.

13. Muscular?
:ikutlahh, jangan macam bodybuilder sudah, muntah darah aku kang.

14. Plays bass and/or acoustic guitar?
: err bukan ke musical instruments yang bertali haram? mohon pencerahan :)

15. Sings very good?
:I would prefer ngaji very good. boleh melting maa :D

16. With glasses?
:ok nanti nampak intelek macam aku.

17. Shy type?
: bergantung kepada situasi.

18. Active or passive?
:depends on what context.

19. Dimples?
:takyah, kang comel terlebih pulak lalu mengundang pandangan orang, aku yang makan hati. ngaa

20. Bookworm?
: cun! boleh jugak! boleh compete sapa cepat habiskan pembacaan.

21. Mr/Ms. love letter?
: vintagenyaa pakai love letters.

22. Playful?
:takda hal.

23. Flirt?
 :golongan paling aku meluat.maaf la emo sikit, hehe. orang jenis flirt ni orang yang rendah moral, itu je, nanti kawin dengan jenis flirt ni baru padan dengan muka tu.

24. Serious?
:jangan serious sangat, takut.

25. Religious?
:one vital aspect of oneself. atau kalaupun tak religious enough, yang penting ada effort untuk menjadi religious.

26. Someone who likes to tease people?
:takda hal. aku suka je bab ngusik orang ni.

27. Computer games geek? Or internet freak?
:aku terima apa adanya.

28.speaks 20 languages?
:is french is one of them? teach me master!

29. Loyal or faithful?
:kan sama je tu. kena la loyal, you get what you give kan.

30. good kisser?
:aku skip soalan ni, matsaleh sangat soalannye pun (-___-)

31. loves children?
: yes

32. ​THREE​ NAMES​ IN YOUR INBOX​ CELLP​HONE:​
- i cant pick any threes, they're all important.

33. ​YOUR MAIN RINGT​ONE?
-the old classic one, ringgg-ringgg! hehe

34. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT​?​
-kemas koleksi buku sambil menguap tahan mengantuk.

35. ​WHO WAS THE LAST PERSO​N U WENT OUT WITH?
-mama dengan adik-adik, lepak makan-makan, minggu lepas.

36. YOUR FAVOU​RITE FOODS​?​
-anything with black pepper, ginger, chillies. something which the taste is not too bland.

37. DO YOU LOVE STAYI​NG AT HOME?
-rumahku syurgaku, mestilahh.

38. THREE ​ OF YOUR EVERY​DAY FAVOR​ ITEMS​?​
-water tumbler(nak ensure enough water intake), moisturizer, books.

39. THE COLOR​ OF YOUR PHONE?​
-colorless. haha

​40. HOW MUCH MONEY​ IN YOUR WALLE​T NOW?
-not more than 100. tak cash out sebab tak pergi mana pun.

41. WHAT DID YOU DO THE MOST TODAY​?
-lap perabot. masak. and reading.

42. ARE YOU IN LOVE WITH SOMEO​NE RIGHT​ NOW?
-yes. iman namanya. shes a cutie. suka tidur waktu aku dukung.

43. WHAT WILL U DO NEXT WEEKE​ND?
- no idea.

44. WHAT DO U THINK​ ABOUT​ LIFE?​
-live the life enthusiastically. contribute more. be healthy.be good. kumpul pahala banyak banyak.

45. WHAT MADE YOU LAUGH​ TODAY​?​
-lawak made by brother.

46. THE WORDS​ THAT YOU LIKE FROM SOMEO​NE YOU LOVE?​
- kita masuk sorga sama-sama ya is what I would like to hear.

47. ​WHO IS THE LAST PERSO​N THAT TEXTE​D U?
-parhana.

48. ​WHERE​ DID U HAVE UR DINNE​R LAST NIGHT​?​
-kat dapur rumah.

49. ​THE LAST SURPR​ISE YOU GOT?
-tak ingat.

50. ​LAST THING​ U BORRO​WED FROM UR FRIEN​DS?​
- tak ingat.

51. WHO IS UR BF/​GF OR HUSBA​ND/​ WIFE?
-I dont have a gf and wife.

52. ​WHAT DO YOU FEEL NOW?
-why bother?

53. WANNA​ SHARE​ WITH WHO?
- no one.

54. ARE YOU SEARC​HING FOR SOMET​HING?​
-ya, tengah mencari diri.

55. ​WHAT DO YOU ORDER​ AT MCD?
-tak makan mekdi.

56. ​THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
- so sad? entah. pernah ke so sad aku nih.

57. WHEN SOMEB​ODY SAYS GOODB​YE,​ YOU SAY?
-bye. jumpa lagi.

58. WHO IS THE LAST PERSO​N WHO MADE YOU SAD?
-entah, malas nak kisah.

59. WHY?
-malas nak kisah la aih.

60. IF YOU EVER HAD ONE WISH TO DO RIGHT​ NOW, WHAT WOULD​ IT BE?
-nak makan. tapi dah lewat.

61. IF YOU WANT TO SHARE​ YOUR BED, WITH WHOM YOU WANT IT TO BE?
-i dont want to share my bed, my bed is my territory so stay away. haha

62. WOULD ​ YOU PREFE​R HAVIN​G A BOYFR​IEND/​GIRLF​RIEND​ OR SINGL​E?​
-single but not available.

63. WHO IS YOUR LATES​T EX?
-aku manada ex-ex ni.

64. DO YOU STILL​ LOVE YOUR EX BOYFR​IEND/​GIRLF​RIEND​ ?​
-kan dah cakap, aku tak main aa ex- ex ni.

65. LAST CALL FROM?​
-kakak kat taska tu.

66. LAST TEXT MESSA​GES?​
-parhana. she is everywhere I tell you.

67. WHICH​ ONE WOULD​ YOU CHOOS​E EITHE​R YOUR BOYFR​IEND/​ GIRLF​RIEND​ OR YOUR BESTF​RIEND​S?
-none of these. haha. I choose myself haha narsistik sungguh.

68. WHAT IS YOUR PLANN​ING FOR TOMMO​ROW?​
-menulis sesuatu.

69. ARE YOU HUNGR​Y RIGHT​ NOW?
-yes.

70. WOULD ​ YOU HIKE A MOUNT​AIN WITH YOUR BOYFR​IEND/​GIRLF​RIEND​?​
-aku memang nak hike mountain tapi mak aku tak pernah approve, so kita tengok nanti kalau dah kawin suami aku bagi ke tak, kalau tak bagi jugak memang boleh jadi ally mak aku. hmmphh


71. WHO MADE YOU LAUGH​ TODAY​?​
- aku tengok video kat pesbuk, lawak, sakit perut gelak.

72. DOES YOUR PARTN​ER MAKE YOU HAPPY​ ALL THE TIME?
-manada partner lagik.

73. ARE YOU IN A RELAT​IONSH​IP RIGHT​ NOW?
-yes. with my books, a deep one :D

74. WOULD​ YOU FEEL SAD IF YOU FOUND​ OUT THAT YOUR BOYFR​IEND/​ GIRLF​RIEND​ CHEAT​ING BEHIN​D YOUR BACK.
-aku takda boipren boipren ni,aku anggap ni soalan yang merujuk kepada life partner la ye. Well sayugianya diingatkan anda akan dapat balasan bagi setiap apa yang anda lakukan, itu je.

75. ​WHAT WOULD​ YOU DO?
-tell him, you get what you give.

Sunday, 22 December 2013

Alkisah tuan blog menjadi semakin perempuan



Alamak alamak! Cantik ! That liquid stain and velvet lacquer. Dipadankan dengan eyeliner hitam, winged one, and wear your hair down, volumise sikit your hair, ugh cun ! Outfit: Black straight cut jeans or skinny jeans, together with light colored top adorned with golden studs, heels 5 inches, fuh.  Sangat sangat sangat sangat tabarruj la tapinyaa! Tak boleh begini di khalayak ramai ya, haram hukumnya.. .

Tapi dalam rumah boleh la, boleh sangat, itu pun kalau tak perlu masak, cuci kain, lap habuk, mop lantai, basuh pinggan, siang ikan..............

#buangtebiat

image source

Friday, 20 December 2013

Masterpieces Found

Sebenarnya aku suka jugak dengar lagu lama-lama yang evergreen dan lirik yang ada 'isi', yang ada roh sebab ianya buatkan aku berfikir. Contoh: Keroncong Untuk Ana dan Suatu Masa. Sangat puitis. Both of them possess a great and deep message. Keroncong Untuk Ana, ana equals to aku in arabic, rasanya ini lagu untuk mengenal diri, kenal diri,bila kenal diri akan kenal Pencipta, ye dak? Suatu Masa pulak, pernah terbaca, lagu ni revolves around usaha dakwah, well it does make sense whenever you analyse the lyrics. Tak main la lagu Ce E En Te A,  Cinta MukaBuku, Cinta itu ini apakebenda tah lagu sekarang ni. haha :P




p/s: bukan keroncong untuk hang ye farhana :P


Thursday, 19 December 2013

Attitude

DONT TREAT OTHERS LIKE THEY'RE A PIECE OF TRASH

#capslock disengajakan

Wednesday, 18 December 2013

Perihal Nikah Kahwin Versi 2


Many of my friends, literally, are already married. Some are pregnant with their first baby and in fact some of them have already given birth to their bundle of joy. Just recently, another friend of mine has too stepped into that world. Well I still remember her words 2-3 years ago, saying that she wanted to get married at the age of 23, and yes, she fulfilled her dreams last Thurs. I do not envy with someone who married in a young age, like I’m glad for you babe, it took you a courage and a great strength to come up with that decision, well hats off for you. It’s the other thing that bothering me,and that is  I extremely become envious to those who have babies in the age of 20 ++ , hey I too want some!  If only babies can be bought at stores (-___-) I adore them simply because I reckon that babies are the epitome of a true womanhood. ok merepek.

                It always boggles my mind, how did these early married lassie prepare themselves? Not a peach I’d say. Because definitely your priorities are going to change forever, unless you have a plan to shake the oath you have taken beforehand, God forbid. You will have someone, who sits at the third rank of the priorities you must possess in your life. First is Him. Second is the prophet (peace be upon him) and the third one is him. I’m talking about this from a woman’s perspective tho. Considering the fact that you’re dealing and handling and catering the needs of someone who’s at the top three ranks, hmm that is something huge dude, something you ought to think and scrutinize thoroughly, deeply. You then will have someone far more important for you to entertain and spending your time with. Tak habis pikir aku ehh (-___-)


To all newlyweds out there, barakallah!  
Make a lot of cute babies k.
Matilaa kalau aku wish macamni..
Bhahaha!

Wednesday, 11 December 2013

Mimpi

Tiba-tiba
Langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Inginku maki
Mereka berkata
Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi
Yang tak pasti
Hari ini
Juga mimpi
Maka biarkan
Ia datang
Di hatimu

Fakta Anak Sulung


Aku jalan-jalan di alam maya tadi dan terjumpa ini. Ada benarnya, ada juga salahnya :) 


1.Senang memaafkan orang . 
(depends, ada kala susah, ada kala senang saja aku maafkan, kalau yang susah tu, hmm makan masa la jugak  )

2.Garang macam harimau tapi  hanya pada sesetengah orang .
(hahaha. ini betul sangat)

3.Kalau gelak tak ingat dunia. 
(aih mana ada, ini dusta semata)

4.Sensitif , hati lembut . 
(hmm betul. stok hati tisu juga kekadang)

5.Ramai peminat .
(errr tak pernah la pulak orang mintak autograf aku. period. )

6.Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya .
(boleh laaaa)

7.Sukar melupakan orang yang dia sayang .
(yeap. true that)

8.Selalu menjadi tumpuan orang ramai.

 (idok le)

9.Senyuman tetap di bibir walaupun. sedang sedih . 

(hmm ada betulnya)

10.Sentiasa mengingati kawan lamanya.
(yes and yes)

11.Romantik & penyayang . 

(penyayang yes. romantik so far tak pernah figure out lagi lah)

12.Manja & pemurah hati .
(manja? ceh. pemurah hati? insyaALLAH ameen)

 13.Peramah .
(bahahaa yea yeaa)

14.Takut gelap .

(salah.lagi gelap lagi aku suka, nak nak bila waktu tidur)


15.Kaki shopping & suka melancong . 

(kaki shopping bukan aku orangnya, suka melancong yes insyaALLAH nanti kalau ada rezeki dan kelapangan, akulah orangnya)

16.Suka memasak & bagi orang makan masakannya .
(kadang rajin, kadang tak berapa rajin. sebab kalau sendiri masak, tak ada selera nak jamah makanan)

17.Rajin .
 (rajin ke ? )

18.Nak tahu merajuk ke tak, senang je.kalo diam je tuh tandanya tengah merajuk .

(iya.  benerrr sekali)


19.Kalau ada org mintak tolong mesti mereka akan ditolong .

(my pleasure. tapi bergantung kepada keadaan jugak lah)

20.Kalau tengah tidur senang je nak kejutkan sebab tak tidur mati .

(kalau tak sampai tahap deep sleep, senang le nak kejutkan)


Kesimpulannya, banyak yang betul. 

Of those MIA clan

Kejap ada, kejap tak ada
Satu gen dengan Chipsmore kah kamu ?

Waktu emotionally depressed, pandai cari kita
Begitu begini
Lepas habis diluah semua
There you go, missing again

Haih manusia

(-___-)

Perihal Nikah Kahwin Versi 1

Ramainya kawan-kawan yang dah bernikah. Sorang- sorang menyusul. Aaa sesak dada aku rasa.

#ithinkineednebulizer

Monday, 9 December 2013

Manusia

Ada orang, waktu susah dia cari kita
Waktu senang, kita pun dia lupa.

Lejen :)

Kisah Sang Iman

Seringkali iman akan diuji
Bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan disana
Jangan alpa meredah kabus dunia

Rabbani- Satu Qiblat Yang Sama

Hidden message

Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku

Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan
Bayangnya jua tak berwajah

Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam

Baru kutahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Membuka jalan selebar dunia

Amuk- Matahari

Ketulusan Hati - Anuar Zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar 
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
Selalu

#Deep

Sunday, 8 December 2013

Killer utterances


So yesterday when I was about to perform maghrib prayer in my bedroom, that boy, Akif, 3 years old came in. He uttered, ‘kakaak, kami nak shemayang ugak!’.

I asked him, ‘sejadah mana?

To which he replied, “ni ada kat kami ni, shepat la kakak, nak shemayang ni’ while he’s unfolding the prayer mat in his hands and spread it on the floor.

And I was in front of him, fumbling for the prayer robe in front of me because it was a bit dark as I havent switch on the light, yet. And I noticed him staring at me. Therefore, I went ‘ tentonten nana tentonten’ and wiggling around with the intention of teasing him.

Guess what, he snapped me off.

Him: Woish, apa tu?? Nak shemayang mana  boleh tentonten nananana tentonten macam tu. eeshh!


(-_____-)

Kengerian apakah ini??

I had the weirdest dream of all my life, daysss ago. I wore a heavy makeup in that particular peculiar dream. Extra long lashes, made up of like two three coats of mascara, dewy fresh skin, brunette long hair, to which I found myself look, "woww'!

Epic.

Is this a threat?

Please do not play around with me. Or else, I'll break your neck.

Thursday, 21 November 2013

Leisure

Watching Monsters Inc. Much better if it were to be compared with lame Malay series :p

Monday, 18 November 2013

Punishment

Planning out the 'rancangan pengajaran' for the kids. Teacher tak sabaq nak mengajaq hampa semua. Sesiapa yang kurang berdisiplin ketika proses pengajaran dan pembelajaran, teacher nak denda. Denda dia adalah, kena buat squat exercise, 2 rounds, 20 reps each. And 1 minute plank. Bewaaaree ! Hehehe.

Saturday, 16 November 2013

Tak Bertajuk

3 hari  lepas, aku dukung seorang baby ( nak habaq kat sini yang aku ni seorang yang penyayang macam golongan ibu-ibu :P ). Dia baaaaaaiiiikkkk sangat-sangat. Umur 3 bulan, tapi leher dengan badan tak lembik macam selalunya budak-budak umur gitu kan lembik-lembik lagi, nak pegang pun kena pegang elok-elok, body posture dia keras jadi senang nak dukung. Masa aku cium-cium pipi, dagu, dahi dia, dia diam je, dan buat muka hairan a bit. Aku tak boleh aaa, aku tak boleh ! Geram ! Esok pagi harus aku pergi menculik dia bawak balik rumah untuk beberapa jam!

#takdakceritaapapun


Pada suatu malam, agak lewat malam. Tapi keriuhan masih melanda, sebab malam tu malam pengumuman prk ! haha aku mesti ler nak menyibuk walaupun dah jadik alumni, sebabnye sebelum ni masa announcement aku tak pernah turut melibatkan diri, sebab jauhh nun jadi  tak berapa nak gigih la kan kesana.  Selalunya follow update di facebook je la. Jadi memandangkan prk yang diadakan beberapa hari sebelum aku konvo haritu, dia punya pengumuman kemenangan tu depa buat dekat je dengan kolej, maka saja-saja la aku gigih dengan lagi 2 orang tu pergi melangut jugak dengar announcement. Padahal mata aku dah pejam celik pejam celik tahan mengantuk.  Jadi sesampainya disana, berjumpa jugak la a few yang aku kenal. Salam-salam laga-laga pipi apa semua lepas tu terus ambik bendera ‘parti’ (?) pastu saja kibarkan. Jakun. Hahaa. Padahal tak mengundi pun, sesaja nak rasa bagaimana rasanya jadi penyokong ‘tegar ‘. Ramai sangat gather malam tu. Lepas tu, aku ni dilanda rasa dahaga yang amat sebab sebelum tu aku makan tapi tak minum air, kononnya praktis minum air lambat sikit la lepas makan, alih-alih aku lupa nak minum (-_-) Pastu gerak la pegi ke kafe , alhamdulillah satu kaunter kafe bukak tapinya dia jual air je la. Aku dengan kawan sorang ni pun pegi la order, lagi sorang duk perati orang yang berkumpul ramai ramai tu. Lepas order dengan abang tu, aku berdiri tegak bagai tugu negara la depan kaunter tu, sebab aku rasa macam kaunter tu aku punya (sigh), sambil duk tengok abang tu bancuh air, yelaa kang dia letak gula lebih ke, apa ke, boleh aku komen straight away, customer always right kannn katenye, aha. Dalam aku khusyuk memerhatikan gerak geri dan ketangkasan abang tu membancuh air, aku terdengar kawan aku …

Kawan: psst..psst….

Aku toleh ke arah kawan aku, dengan muka hairan, apasal budak ni duk psst psst dengan aku..buang tebiat ke malam-malam ni..

Aku: (angkat kening sebelah), mulut mumbling tanya “kenapa?”
Kawan: Tu.. (sambil mata dikerlingkan ke arah belakang aku).

Aku pun menoleh.
Sekali….
Ngaaa!
Aiyakk ini sama sekali tak dijangka!
Ada seseorang di belakang aku.
Dan last terjumpa  seseorang itu adalah sekitar awal Mac yang lalu.

Sambil orangnya tu tersenyum manis memandang aku bagaikan lori gula melimpahkan gulanya ke wajahnya. Tangan sebelah dalam poket. Baju kemeja seluar slack hitam. Aku rasa baru balik kerja kot.

Rupanya dia nak ambik sesuatu kat kaunter tu dan aku secara tidak sengajanya menghalang laluannya.
Dia senyum lagi.

Phew!

Aku ketepi, dengan rasa malu dan awkward yang menggunung  (tu la, buat kaunter tu macam aku punya sapa suruh kan) sambil mulut duk say ‘ sorry’.

Dia senyum lagi. Kata dia, ‘takpe.. takpe ’ J

Senyum lagi.

Parah.

Kwang kwang kwang.

Orang cakap dari mata jatuh ke hati…..
Adeh.
(-___-)
Tapi aku takpa la, jenis kebal sikit, nasib baaikk J

Rupanya kawan aku cakap, dia duk bagi salam berkali-kali.
Malu! Dah la halang orang, salam yang diberi pun tidak berjawab.


Friday, 15 November 2013

But, I always love you



p/s: Nina's daddy, why you so sweet? and nina is sweet to ! I guess that is what you guys have in your traits...being sweet to one another.......

Tuesday, 29 October 2013

mixed feelings. ada rasa gembira, ada rasa sedih. sebab aku susah nak let go orang-orang atau apa-apa yang aku sayang. huhu

Sunday, 20 October 2013

Peneman Iman dan Taqwa

Ada orang nak kahwin hujung November ni !! I'm extremely surprised ! Ternganga jugak aa tadi. Tahniah! untung sang peneman iman dan taqwa kamu itu untuk mendapatkan seseorang seperti kamu (ayat yang aku petik dari  status facebook dia). Dia kata 'peneman iman dan taqwa'. Diulangi, peneman iman dan taqwa. Amboi manis sangat tu bro! 

Semoga berbahagia! :)

Thursday, 17 October 2013

aA+bB

Reading aA+bB. Nostalgic!

The Voice

Aku blogwalking tadi. Aku nak lipat kain sebenarnya tapi mood tak datang. Susah la kan kalau nak lipat kain pun kena ada mood. Jadi dalam satu blog ini, blogger dia letak lagu. Aku rasa lagu indonesian. Lama-lama dengar rasa suka pulak. Tapi ada satu line ni, bunyi dia begini, 'imaginasiku terberai'. Aku tak pernah dengar perkataan terberai itu. Tapi lagu tu touching la. sedih dan penuh jiwa. Aku rasa terheret sama dengan kesedihan lagu itu. Eceh. Aku ikut nyanyi sekali tapi suara sengau dan cepat terasa lelah. Tunggu la lepas suara betul-betul ok. Tunggu la !!
Baju konvo tak cari lagi. Kasut tak cari lagi. Tudung tak cari lagi. Kenapa jadi malas dan tak bersemangat sangat ni. Bahana baru pulih demam. Haih

Wednesday, 9 October 2013

Incredible Hulk


Semalam gelas kaca pecah berderai ditangan. Tak jatuh ke lantai pun. Its either the glass memang rapuh atau aku dah berevolusi menjadi incredible hulk ?

Saturday, 5 October 2013

3 Tahun Untuk Dikenang


Edisi dua

Sambungan dari sini

Selesai sudah minggu mesra pelajar. Seminggu penuh seksa. Hohoo. Seminggu dimana 3000 orang ‘freshies’ berkumpul dalam dectar. Seminggu the whole UKM kelihatan biru, baju rasmi mesti warna biru. Seminggu hati rasa bengkak sedikit. Eheh. Sebab aku tak suka disuruh rushing ke sana sini, aku tak suka disuruh makan laju-laju, aku tak suka disuruh solat cepat-cepat. Dan tak suka bila disuruh buat persembahan. Kalau disuruh menonton persembahan, haa yang itu bagai pucuk dicita ulam mendatang bagi aku.Minggu orientasi ini jugak la aku berkenalan dengan bakal coursemates, seramai 3 orang, ya kami satu kolej kediaman. Hati berbelah bahagi sebenarnya  sepanjang minggu tu, dalam hati terfikir-fikir, is this what I want, is this what I’m lookin for, kenapa UKM, kenapa bukan universiti lain though aku tak ada pun mana-mana universiti spesifik yang aku idamkan. Ditambah dengan status minggu orientasi sebagai minggu paling tunggang-langgang. Erk. Tapi  pada masa yang sama, rasa seronok sebab dapat ramai kenalan baru, rasa seronok sebab iyalah, aku tak pernah tinggal di hostel sepanjang 20 tahun hidup. It’s a whole new thing for me back then. Dan aku juga berbelah bahagi mengenai kos pengajian, sebab memang lah English is one of my desired field that I want to delve in, but I was also possesing a deep interest towards landscaping, amenities etc. Tapi entah kenapa, aku tak pohon pun kos-kos berkaitan landscaping , amenities ini. Well this is His plan for sure J Sebab kalau aku tak belajar di UKM, mungkin jalan cerita hidup aku bakal berbeza. Mungkin aku tak jadi macam aku sekarang.Segala-galanya mungkin.

Kelas bermula. Life as a freshie was really good. Tapi aku develop habit tidur lambat. Kadang-kadang pukul 4 pagi baru aku tidur, pukul 6 lebih dah bangun, bersiap, dan pergi kelas like nothing happened. I was sleep deprived but I wasn’t sleepy during classes. Mungkin persediaan dalaman untuk berjaga sepanjang malam buat assignment, hahaha okay that’s one lame excuse.Third week of enrollment, I’ve got roommate. Kelantenese. Different faculty. Nice person.As time goes by,Ramadhan pun menjelang.Ramadhan pertama that Im away from family.  Selalu buka puasa dengan kawan-kawan baru. Hampar surat khabar atas lantai, tunggu azan and voila! Makan time. Dalam bulan Ramadhan tahun itu juga, aku bermula perlahan-perlahan in fixing myself. Fixing,is that word even right to be used in this context ? Haha. Ok mari teruskan. I wanted to be good, meaning that mana-mana lompang dosa yang aku boleh tutup, aku cuba untuk tutup. Sebagai contoh, aurat. Umur pun dah 20, mesti sedikit sebanyak the turning point is approaching,even up until now aku tak lah layak nak digelar baik ke apa ke. Untuk digelar solehah, hmm memang tak ah, jauuuh sekali. Tapi why not I give it a try kan.

Mula-mula tudung, aku belajar pakai tudung lepas ke bawah  dengan satu pin pada awal semester satu, ini sebab peer influence la nih, hehe, kawan dengan geng bertudung bidang besar it cant help!  Aku rasa insecure kalau jalan bersama dengan those gengtudungXXL. Rasa macam, why cant I be like that? I need to. And I think they look sweet, I pun nak kelihatan sweet jugak! Haha. Niat tidak berapa tulus itu hey! Jadi itulah titik permulaan aku. I did try to labuhkan tudung itu, walaupun tudung aku tu hanyalah tudung bawal bidang 45, bidang standard tudung bawal. Tudung tu sebenarnya okey je bahagian depan, boleh tutup dada, tapi itulah, bahagian belakang agak singkat dan tak mampu tutup bahagian belakang. Kalau badan kau macam lelaki, macam plywood (hehehe), tak apa lah nak pakai gitu tapi fisiologi tubuh kita adalah berbeza. Tapi hakikatnya masa tingkatan enam pun aku dah mula pakai tudung tanpa silangkan tudung tu ke bahu, tapi kadang-kadang silangkan jugak ! Haih. Aku mula belajar berstokin kaki waktu pakai kasut/selipar/sandal. Sebab sebelum ini aku ingat kaki itu bukan aurat, as long as you are not showing off your thighs and calves, gitu. Aku salah. Rupanya ada dua mazhab yang berpendapat kaki itu aurat dan sebaliknya. As someone yang berpegang dengan mazhab Syafie, kaki itu dianggap aurat. Maka berstokin lah aku. Trust me, once you have started to wear socks, you cant possibly take it off , again. Sebab rasa naked cemana entah kalau tak berstokin. The good thing is, it prevents your kaki not to have a sunburn. Hahaha. Ok ke situ pulak hang pikir ye tuan blog.

Dan Alhamdulillah sampai sekarang, almost two years berstokin J dulu-dulu masa beginning pakai stokin, ada sedikit rasa cuak, mampu ke aku stick dengan stokin, yelahh kadang-kadang panas kot. But hey, I survived! And my kaki tak ada belang-belang dah sebab belang-belang kesan sunburn looks so inhumane you know.Hahaa. Dan aku pertama kalinya beli tudung bidang 55 kot. Warna cream gitu. Dan mula membeli tshirt Muslimah yang labuhnya sampai ke lutut. Bab solat, insyaALLAH masa tudung tak berapa nak labuh dulu pun, insyaALLAH rasanya tak bermasalah. Tapi yelah, sebenarnya kena pertingkatkan kefahaman mengenai solat. Cuma itulah, cara berpakaian itulah yang tak berapa nak syariah compliant. Tapi aku tak pakai lah baju ketat, seluar ketat sebab dulu aku suka pakai baju kurung! Baju kurung aku sangat banyak!But still, tudung tak lepas syarat, kaki tak lepas syarat, and without handsock. L  Sangat menduga sebenarnya pakai labuh-labuh dan tebal ni, kadang-kadang panas tapi tak apalah, namanya pun dunia ni tempat diuji, maka kenalah tahan ujian kan. Tapi lama kelamaan, dah biasa. Tak lah terasa sangat panas tu. J

Masa semester satu tu jugaklah, aku aktif betul berfesbuk. Silly ! Newbie lah katakan. Hahaha! Malu sendiri bila kenangkan balik semua tu. Peperiksaan semester pertama, hmm tak adalah susah sangat dan tak senang jugak.Tapi subjek Dr Fariza memang susah la. Sebab subjek tu geng english morphology and syntax. Tapi sekarang aku tengah revise balik, mana tahu nanti boleh ajar orang kan. Tokwan belah abah aku pun meninggal masa awal Muharram tahun tu. Masa tu tengah tunggu result exam first semester. Cuak la sikit. Bila result keluar, check guna sms, check result tu waktu majlis tahlil arwah tokwan. Hmm result just nice la, Alhamdulillah. Tak cemerlang sangat dan tak lemah sangat. In between. Pointer 3 something. Haha padan la dengan aku ni yang tak pernah betul-betul serius menghadap buku. Ain dan family datang rumah bulan disember 2010 tu. It was nearly 3 years that we havent met because they moved to Pahang as soon as Ain finished her SPM papers in 2007. They came to Kedah because they were having rombongan meminang on her uncle’s behalf. Sekarang Ain pun dah nikah. Cepatnya masa berjalan! Hujung tahun tu jugak tak silap aku masuk semester 2.  Dan bermula semester 2 jugak lah tudung aku dah jadi ala-ala ustazah, tapi perangai tak berapa nak ustazah lagi sebab mana ada ustazah gila-gila kan. Walaupun orang yang tak kenal aku suka anggap aku ini stok lemah lembut gemalai ayu layu apa semua, tapi itu semua dusta sahaja. Dah kenal tahulah cemana. Hahaa :P

Bersambung J

Friday, 4 October 2013

Because they were roses and I was just a dandelion ....

Laporan pendek

Perut ada sikit rasa lapar. Mata ada sikit rasa ngantuk. Badan ada sikit rasa letih. Hati ada sikit rasa sangsi. Errr.

I need a PROPER REST and an EARLY SLEEP .............................................

Thursday, 3 October 2013

Speechless

13:24

"Peace be upon you for what you patiently endured. And excellent is the final home."


here

*cries

Oh Malaysiaku!

Banyaknya ketirisan dalam perbendaharaan negara, saya tak fitnah tapi itu Laporan Ketua Audit Negara 2013.

Ambik seposen duit yang bukan hak kita pun nanti kena dakwa di 'sana', apatah lagi dengan jumlah yang jauh lebih besar.

Tapi itulah, tahun-tahun lepas pun ada laporan ketirisan, tapi 'makhluk-makhluk' yang berkenaan masih bebas tak didakwa.

Begitulah Malaysiaku yang bebas rasuah, bebas kronisme, dan punya tahap integriti yang hebat! :)

Tuesday, 1 October 2013

Aku harap aku tak termasuk dalam golongan meringan-ringankan urusan solat. Ameen

Monday, 30 September 2013

Bebelan...


Aku adalah seorang yang chatterbox.. Ha hah hah *gelak semput. Tapi dengan manusia lah bukan dengan skrin gajet.  Ada ke orang jadi chatterbox bila dengan gajet?  Maknanya begini ya, dia ngadap gajet dia like nobody’s business. Semuanya harus ada batasan, bagi aku lah. Bukan apa, gajet tu takleh tolong sedekah al- Fatihah pun kalau satu hari tu kau pergi tak kembali.

Aku pantang betul orang yang pandang jelik pada orang luar (esp bangladeshi *beginikah cara untuk menggelar orang-orang berasal dari negara bangladesh?, indonesian dan lain-lain yang cari rezeki di Malaysia ini). Tahu ke, entah-entah orang yang kau pandang jelik tu tak pernah missed solat jemaah, rajin bersedekah, hafal Quran apa semua and yet kau pandang rendah kepada dia. Padahal kedudukan dia di sisi Dia lagi tinggi bertingkek - tingkek dari kau.  Dan kau kena ingat, bumi Malaysia ni bukan kau punya pun. Kita semua menumpang di bumi ALLAH, jadi sila sedar diri ok. Kau miskin, aku juga miskin. Semuanya miskin, semuanya hanya menumpang. Aku admit, ada yang datang sini yang buat onar, tapi masalahnya bukan semua. Stop generalising.

Tak sukalah orang yang meremehkan orang yang cuba buat kebaikan. Dah kau tak mahu buat baik, duduk diam-diam sajalah. Tak payah nak pandang rendah kepada usaha orang lain. Orang lain tu nak topup akaun pahala, biarlah dia.

Ego aku kadang-kadang mungkin tinggi. Tapi begitupun, aku masih boleh terima teguran asalkan itu teguran membina. Dan aku tak paham orang yang tak suka ditegur, padahal teguran itu untuk sedarkan dia. Menurut aku lah, yang itu baru betul ego.

Ada orang, mahukan orang bertoleransi dengan dia. Tapi dia tak mahu bertolerasi dengan orang apabila toleransi dia diperlukan. Err faham tak ni? Ok tak perlu faham pun, namanya juga entri bebelan sorang-sorang :p

Aku perlukan orang yang sentiasa mengingati aku. Eh salah. Hahaha! Bukan mengingati aku tetapi mengingatkan aku. Baru betul, ish! Kalau aku hanyut, sila tarik dan selamatkan aku. Kalau aku banyak sembang benda lagha, sila pulas telinga aku. Pokoknya kalau dah nampak aku macam menyimpang tu, tolong ingatkan aku. Terima kasih, jasamu ku kenang hingga ke akhirat sana J

Aku mengidam susu kambing ni. (?) Tengok, dah menyimpang. Hahaaa.

Bye.

Wassalam.

Rezeki

Rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi , rezeki ALLAH yang bagi,
 rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi,
 rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi, rezeki ALLAH yang bagi ...

Bukan SPM, bukan diploma, bukan ijazah, bukan Masters, bukan PHD, bukan apa apa..

Segala kelulusan itu hanya extra aid.

Kau jaga hak Dia, Dia akan jaga dan hak dan keperluan kau. He is the one yang bagi sustenance.

Sekian.

Sunday, 22 September 2013

Pretty You

Dear you,

You are among the best things ever happened in my life. I want you to be by my side, every now and then. To talk to me, to laugh with me, to talk poetic things with me, to speak alien language with me, to be lunatic with me,  to eat along with me, to turn my hair into buns and braids, to be my pretty 'newscaster' ,to watch the rain pouring down with me, to feel the wind slapping delicately to our face; together with me, to be a picky eater together with me, to wink eyes to babies and toddlers along with me, to feed cats in hunger; with me.  

I've got your name beautifully engraved in my heart, friend.

Ana uhibbuki fillah :)  Semoga persahabatan kita kekal ke syurga Dia.

Its been 3 months or so since we last met. Been missing you a lot! 

A While Ago...

I was rummaging through all the files kept in this laptop.

And I found something..

…dan tiba-tiba rama-rama pun berterbangan dalam perut. Heh heh!

Friday, 20 September 2013


Jangan la buat saya marah.  Saya ni dah la jarang nak marah-marah tak tentu pasal. Kalau boleh tak nak lah marah-marah, tak elok. Plus, harini hari mulia penuh berkat, hari Jumaat.

*asap keluar ikut telinga. Nasib masih asap yang keluar, kalau api..jadik naga la aku. Hahaha!

Wednesday, 11 September 2013

3 Tahun Untuk Dikenang


Edisi satu.

Minggu mesra pelajar Julai 2010.

Minggu paling hectic, senior kejam! Ada ke suruh lari-lari time nak naik bas! Dah la yang perempuan berkain- pakaian rasmi masa tu, baju kurung biru, kenapa biru? Aku tak tahu, mendukung legasi umnooo terus maju, untuk rakyat malaysia.. mungkin. Hehehe joking. Bukan jeans, slack, track bottom etc. Kalau track bottom harus lah aku lari tanpa berpaling ke belakang, kalah Usain Bolt tauu. Ini haa, kain baju kurung! dengan pump shoes lagi, cemana nak lari, melecet kaki seminggu. Grrrr. Tapi ada sorang senior ni, dulu kena panggil dia abang, tapi setahun kemudian baru kutahu kita sebaya, geli pulak mengenangkan panggilan abang itu, hohoo. 

Tapi, enta memang nampak macam abang-abang pun.Tapi enta baik sangat, harus la ku kenang enta selagi masih bernyawa. Enta lah satu-satunya senior yang cakap, ‘adik, jangan lari dik, takpe lambat pun takpe, bahaye kang jatuh, tepi tu bukit, hati-hati’. Jumpa time makan, ‘adik, kenape makan sikit sangat, tambah lagi la, eh?,’ dengan senyuman paling manis bergula. Haih nasib baik aku hati kayu time tu, kalau tak, lain ceritanya sekarang.  Hmm  Sekarang enta dah jadi eksekutif petronas ye, good for you, you are nice guy, you deserve that. Enta mesti dah tak ingat eden kan, haha tak kisah la, tapi bulan Mac haritu we bumped to each other.  Enta senyum. Hati eden bagai dipalu, berdebar-debar, apakah tandanya? Hahahaa okey mengarut sangat, tak ada maknanyaaa, tapi betul la, enta senyum pada eden. Eden pun cepat-cepat jalan masuk kedai. Bahaya.  Tapi, alamak terjumpa lagi dalam kedai. Enta senyum lagi. Perasan kejap. Hoho. Hish tak boleh jadi, eden cepat-cepat bayar lalu berlalu pergi ke blok kediaman. Takmau cerita lebih-lebih. Dugaan betul. Dah la masa tu hidup bagai dilanggar garuda, tunggang terbalik. Gitu.

Untuk malam kebudayaan, malam penutup minggu mesra pelajar 2010 tu, kena buat persembahan, aku play safe, aku masuk kumpulan nasyid, syikin sang roommate aku pun dalam kumpulan nasyid tu, tapi masa tu dia tak jadi rommate lagi, baru blockmate,levelmate whatever. Mija pun dalam nasyid, faz, aisyah, siapa lagi entah, budak lelaki aku dah tak ingat langsung. Heee kenangannyaaa! Enta pun ada. Pakai kopiah masa tu. Tersenyum-senyum tengok kami praktis, aku miming je lebih, manalah aku tahu lagu nasyid masa tu. Dah la asyik lupa lirik. Lepas tu muka memang ketat habis la, dengan penatnya berlari-lari, makan pun kalut-kalut, solat pun laju macam apa entah, jadinya aku rebel dengan tunjuk muka masam mencuka, mesti buruk, I can imagine. Teruknya laa perangai, hish. Tapi masa praktis tu, aku dah plan senyap-senyap, takmau buat persembahan. Jadi, esok siangnya tu, aku bagitau dekat  kakak pc yang aku tak sihat, rasanya mungkin aku tak dapat ikut serta nasyid, lepas tu kakak tu suruh aku balik bilik berehat. Horray misi berjaya! Aku memang terer bab mengelat ni.Buat muka kesian sikit. Hahaaa jadi selalu!! Tapi memang pun suara aku hoarse waktu tu. Budak-budak nasyid pakat cari aku, masing-masing jeles, Haha nasib la you guys, pandai-pandai la nak hidup.

Sepanjang minggu tu, jadual tidur tunggang langgang. Tidur pukul 3 pagi bangun pukul 6 pagi. Aku tak tidur dalam bilik aku, aku menumpang bilik orang sebab aku tak ada roomate lagi waktu tu, aku takut aku terbabas tidur. Haha. Tidur lewat tu bukan apa, pelajar baru kena berlatih cheers, lepas tu kena lawan bersorak dengan kolej-kolej lain. Kolej Zaaba la paling banyak cheers. Cheers ala-ala hakka rugby pun ada. Sumpah ianya begitu hardcore sekali! Dulu rasa seronok, tapi tak lama lepas tu, bila dah matang sikit, rasa aktviti cheers tu macam lagho sangat. Solat, makan disuruh laju-laju, tapi berlatih cheers berjam jam tu boleh pulak. Nasib tak lekat tulang ayam kat esofagus ku ini. Sungguh aku tak faham, tapi dengarnya pimpinan pelajar yang baru bermula tahun 2011 dah tak ikut sangat acara ‘rimba’ sebegitu. Baguslah. Buang masa. Baik pergi tidur, pulihkan tenaga. Kan.  Dalam dectar, aku buat kawan baru, Ila, the first young lady in tudung labuh yang aku encounter. Budak sekolah agama ni. Kami berkawan sampai sekarang, dalam dectar dulu, selalu duduk sebelah dia. I miss you darling. May happiness be with you forever. Rindu nak dengar cerita-cerita Ila. Lepas kenal Ila, kenal pulak gadis-gadis bertudung labuh yang lain, kenal ummu, kenal ida etc.  Semuanya stok ayu, kecuali Ila, dia ni ting tong sikit, lebih kurang aku la jugak. Hehe.

 Masa pendaftaran pelajar baru, aku tak rasa excited pun sebenarnya masuk belajar di situ, aku rasa biasa-biasa saja. Jenis tak ada perasaan kot. Robot. Lepas daftar, masuk bilik.Bilik besaaar, boleh joging dalam tu kalau mahu. Dan memang pun aku joging dalam tu. Bilik hujung sekali, tepi tu ada bukit. Dekat koridor bilik tu la aku bergayut telefon dengan mama lebih 6 kali sehari sepanjang semester pertama. Aku telefon mak sendiri, walaupun 6,7 kali sehari, problem? Dekat koridor tu jugak la tempat aku merenung bintang, bulan dan langit malam. Masa hari pendaftaran tu,family, sepupu sepapat semua ada. Yang tak ada parents in law je. Okey lepas tu keberangkatan pulang mama, abah, adik, sepupu, pakcik dan makcik. Mata abah berair masa aku hantar ke kereta. Eceh. Sedih la tu. 20 tahun okey duduk dengan parents, maunya abah aku tak sedih. Anak perempuan sorang pulak tu. Yang suka gaduh-gaduh manja dengan dia, yang suka berebut minum air dengan dia, yang kena urut kaki dia, yang suka buat muka pelik-pelik dekat dia. Mananya abah aku tak sedih. Haha. Mama rilek je masa tu. Aku laaagi rilek,tak rasa apa pun. Pelik manusia pemilik blog ni sebenarnya,kan. Lepas tu, bermulanya kehidupan maha kalut seorang pelajar baru prasiswazah!

Nanti bakal disambung ehhh ;)

Wednesday, 4 September 2013

The Notebook

Its not the film  that I'm gonna write here. The Notebook here refers to my own notebook, that I left it at my uncle's place. Tsk tsk tsk. It has a light blue cover, it has an old book's smell, the paper is yellowish, yes my very kind of notebook. Not a diary, its more like a daily journal where I would normally write my heart out in that, well diari la lebih kurang, ye dak. I kinda spilled out everything in the notebook because not all things you can share with others right. I cant write everything in this blog too. Plus I'd love to  reminisce about the things happened in my life before. Ada suka, ada duka. History-like la. We learn from what we have went through kan. History is the best teacher after all. Dan  aku suka baca balik tulisan aku, haha aku tau itu narsistik namanya. And I am narcissistic about my own hand writing, haha who cares anyway. And I am very particular with what I am writing in there, semuanya tersirat, hidden, vague, aku je yang faham, the others wont. But still, I'm hiding that book from everyone. Let say if I'm in the middle of writing, but then someone rushing into my room, cepat-cepat aku tolak buku dalam laci. 

It's been quite sometime that I havent write something in that notebook. Dan sekarang, aku rindukan buku nota tu. Rindu nak baca balik apa yang dah aku tulis, rindu nak tengok tulisan aku yang macam cacing tengah menari tu. Dear notebook, be good okay. Gonna see you. Soon.

Tuesday, 3 September 2013

Friday, 23 August 2013

I will be waiting here
For your silence to break
For your soul to shake
For your love to wake

I have put the ear of my soul
in the window of your heart

No more words
Hear only the voice within

Three quotes from Rumi. Has never failed to amuse me. I wish I have such talent....
Weaving ketupat is now my another 'soft skill'....err after days of learning on how to weave it. Can I put that in my resume later on?

Tuesday, 13 August 2013

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Monday, 12 August 2013

Low blood pressure, eh?
Extremely hungry !! Makan kurma sebijik dengan kismis memang tak jadi apa laa.

Wednesday, 7 August 2013

Tentang Aku

Aku ini susah untuk melupakan sesuatu. Lagi-lagi perkara yang buat aku terasa hati. Yang buat tangkai jantungku bagai direntap.Yang buat dadaku sesak dan berat menanggung rasa.Yang buat hatiku bagai dilanda taufan menggila.Memang aku boleh katakan aku sudah lupa tapi hakikatnya aku punya kecenderungan untuk terus memahatkan perkara itu di ingatanku untuk masa yang agak panjang. Lupaku hanya di bibir bukan di hati. Orang-orang akan menganggap aku ini sudah benar-benar melupakan perkara itu tapi aku tahu, aku bukan begitu. Aku tahu kerana yang jiwa dan hatinya merusuh adalah aku. Ada yang mengatakan ini sifat orang yang berdendam. Entah. Mungkin juga. Persoalannya, sampai bila aku mahu simpan rasa rajuk dan terasa hati itu?

Ini dia solusinya wahai Maryam (bukan nama sebenar) lupakanlah sengketa di hatimu,damaikanlah rasa hatimu kerana setiap orang tidak akan pernah terlepas dari melukakan hati manusia lain.Kau juga bahkan mungkin pernah menyentap dan menyentak hati manusia di sekelilingmu. Kau juga mungkin pernah menjadi sebab menitisnya air mata manusia lain kerana perlakuanmu, atau tutur bicaramu. Kau juga mungkin pernah membuatkan orang-orang tertentu bergolak hatinya dan berombak kencang jiwanya.

Amankanlah prasangkamu. Fikir hanya yang baik-baik sahaja. Supaya engkau tidak terus hanyut dalam kegalauan jiwamu.

Sekian. Wehuuuuu! Aku cuba bersastera sebenarnya. Haha tapi pastinya berdasarkan kisah benar. Yes, true story, my very own story of life. Tapi aku edit la sikit. Mana pernah jiwa aku merusuh pun. Eh pernah-pernah! Pernah la sikit. Haha till then assalamualaikum and g'day!

Wishlist

Let's put the old memories updates on halt. That is to be continued some other time. And talking about wishlists instead. Kekeke.

1)  First is to learn how to mengaji well. I've found the ustazah, mama's friend and yet the saddest thing is I have no time. I mean i'm not staying in Kedah for the next one month and it seems that I'll possibly execute my plan after Ive done with my internship. I always wanted to teach kids how to mengaji and they will end up calling me ustazah. Seronoknya. Eh tapi bukanlah aku nak gelaran tu cumanya I think that is just adorable and sweet. And I'll be generating continuous pahala for my 'account'. InsyaALLAH.

2) Attend more and more religious talks. So that I'll get extra bunch of new knowledge. So that I can spread the good words too.

3) Read Sydney Sheldon's books. Franck McCourt's books, Dan Brown's. Farah Hanafi's. Oh yeah I forgot that the last author's books mentioned earlier has not been published yet and I believe shes on her way.

4) Learn how to cook.

5) Learn how to sew kurungs, jubahs, tudungs, long skirts, curtains, kebaya..  Eh tak! Ahaha ewwh the last one is not in my list. Plus learn how to stitch and do crochets.

6) Nak beg Longchamp je sebuah. Jet black in colour.

7) Learn French. Jet'aime...

8) Aaa there's much much more wishes. Tapi tak ingat. Nanti kite sambung lah ye. 

*Selamat hari raye. Jangan lupe kite waktu makan kuih raye ye.


Old memories version 1.0


I’m reminiscing ‘old’ memories, yes. Everything starts to be flooding in my mind right now.  Nak muhasabah sikit perjalanan hidup ini, haha.

Okay. Old memories version 1.

Early years of my life, I lived in Taiping, was born and stayed there till the age of 3. Then my family moved and lived in Sabah for the next three years and I even finished my kindergartens days there. I still remember, my neighbour back then was Ain’s family. So we have known each other since we were very young and and she’s getting married next week and I can’t be attending her big day because I have to be in the office on 12th August and y’know what, this is terribly sad. Her mum even called me few weeks ago just to ensure that I’ll be there and I thought I’ll make it somehow but now, it doesn’t seems to be like what we have planned. Ok the thing here is I want to highlight that how time flies! The image of little Ain and little me running on the empty road in front of our small wooden house, sharing foods during lunch and played hide and seek with our hair being styled in ponytail and twin tail is still lingering in my mind.  At a time, we would shout and speak to each other while we were in our home’s bathrooms. How silly was that, no? Haha. We were close; we even went to school with our hair being styled in the same hairstyle. If I had my hair untied, so did her.   If her hair was in ponytail, I would do the same too and if it happened that our hairstyle is different, one of us would run up the wooden stairs of our house and insisted our mum to change to the desirable hairstyle of ours and sometimes we were late to school , just because of that. Aah kids, can’t help with that =.=

Another sweet memory that I can’t seem to eliminate up until now is, when I remember our craziness towards makeup thingy. Yes, we were fond to make up when we were only 5 or 6 years old ! So there was this aunt, our mum’s friend, she would usually ‘colour’ our face and our face would turned out to be like a piece of ‘cake’, full with ‘toppings’ and ‘icings’.I think it was ‘red velvet’ or something like a colourful birthday cakes for kids. Lucky that I didn’t clinging to that craziness along my young adult’s days! But Ain seems to be sticking to such habit up until now, she likes to put some colours onto her face, well everyone has their own preferences right. Hehe.

Whats more eh. Hmm. Hah! Chicken! Yes chicken. My brother and I once were keen in having chicken as our pets and those chickens were in various colours, some were in bright pink, some were in yellow, blue yadayada. Poor them, they were injected by colourings while they were still unborn chicks. Tapi, anak anak ayam ni cepat mati. Aku rasa efek kena inject dengan warna la tu.  I used to adore crabs too.  Hahaha. Silly. Trust me, there were crabs under our wooden house because the soil was kinda damp and wet so it makes sense when you can easily find crabs ‘walking’ outta damp soil. They were extremely little; you can’t even eat them for your lunch as its gonna stuck between your teeth. Hmm another remarkable ‘thing’ is sundae!  He’d usually bought me sundaes after he gets home from work. How sweet he was back then.

Sebenarnya kan, dah tak larat nak taip. Wait for another versions yaah.

Wednesday, 31 July 2013

Ada dua buku dalam sasaran. Sastera Melayu I tell you!

  •  Nyanyi Sunyi
  • Salam Maria
Mana nak cari.. mana nak cari.....


Thursday, 25 July 2013

24 Julai 2013

Mari sini nak kabor.

Kelmarin kan.

Ada satu kisah sadis buat kami bertiga.

Siryesly. 

Benar-benar cobaan mega untuk kami di Ramadhan yang mulia ini.

Ok, tipu. Hehehe

Orang lain lagi hebat cobaannye. Iye dok?

Kami balik kerja dekat jam 12 pm! Midnight tu. Kami budak baik, bukan jenis melewaq kat luar malam-malam ni, tapi semalam....

Tarawikh wey!

Melepas.

Sampai rumah, terus mandi, solat isyak. Sebab tu melepas, skru kaki aku dah longgar, skru mata pun dah longgar.

Pastu aku hilang kesedaran (baca: tertidur). Sampai jam 5.30 pagi tadi.

Aku malas nak kabor panjang-panjang dan in detailed manner, biarlah kisah itu kami bertiga saja yang tahu. 

Moral cerita: Sabar itu indah, haha. Percayalahh.

Nota kaki: Satgi dah nak masuk asar, moh le kite :)

Wednesday, 24 July 2013

Blog gelong. Entri kat bawah ni asalnya draft yang aku taip masa ada di rumah haritu. Awat tah, jadik latest entri? Dear blog, hang posa tapi tak mangkit soq ah? Tu yang gelong tu.

Posa dak?

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, marhaban ya Ramadhan.. (sila sambung). Its Ramadhan again. Alhamdulillah panjang umur sampai ke Ramadhan kali ni. Rasa macam baru habis Ramadhan je, sungguhlah masa cepat sangat berlalu. Masuk harini, dah seminggu lebih aku duduk di rumah. Aku balik rumah ni pun tak dirancang. Semuanya all of sudden. Beli tiket pukul 9.40 pagi, bas gerak 9.45 on the last Friday. Tak kisahla, janji aku dapat balik rumah. Home sweet home. Nanti praktikal susah dah nak balik.Lagi dua, tiga hari, ke KL pulak la. I have nothing much to write here this time, but still, aku nak menulis jugak.  So here it goes...

Minggu depan aku start praktikal. Been secretly wishing and hoping that I'll get a place for my internship somewhere here in Kedah. But, He knows best. Aku dapat kat KL sana nun. Companies dekat Kedah ni, either they have no placement for practical students or they do not want me to be in their places . Haha. Didnt accept neither rejected my application. I have definitely wasted my time waiting for their answer. So I got this call from this one NGO during my study week. Bolehlaaa. Aku terima straight away. Apo nak buek. 

Recap sikit, minggu-minggu terakhir, everyone was struggling with their academic writing, including me. Sakit juge nak menulis ala-ala ilmiah ni, ayat tak boleh nak bunga-bunga as no metalanguage is allowed. Huk aloh, bosan la ayat skema macam tu. Kekeke. Paper aku untuk semester akhir, dua saja. Tapi idok le senangnya. Walaupun hanya dua, berat juge. Dengan tesis lagi. Tapi aku tetap berjaya untuk tidak berjaga malam, tak sehat kan jadual tidur macam gitu. Aku dah taubat dah, takmau stay up tak tidur langsung. Tesis penting tapi jadual tidur yang teratur laagiik penting. So I managed to finish off my academic writing on 20th June or something la. Tahniah la untuk diri sendiri. * clap clap

Duduk rumah ni, kerja main dengan budak kecik ni la. Dah besaq dah dia. Bertambah hensem. Perangai pun maha baik. Haha. Merangkak sini sana macam komando menyusup dalam hutan. Nak mandikan dia bukan main susah. Cuak aku, kang tergolek atas lantai bathroom, sapa susah? Eh aku jadik assistant mama buat kuih merangkap food taster bulan puasa ni. Best. It keeps me busy from noon till 3 pm.

Thats it for now. Bubye. Assalamualaikum dan salam satu kedah (Bangga DS Najib baca ni sebab aku menyambut legasi satu Malaysia dia, kwang kwang kwang)





Blog Archive