Wednesday, 11 September 2013

3 Tahun Untuk Dikenang


Edisi satu.

Minggu mesra pelajar Julai 2010.

Minggu paling hectic, senior kejam! Ada ke suruh lari-lari time nak naik bas! Dah la yang perempuan berkain- pakaian rasmi masa tu, baju kurung biru, kenapa biru? Aku tak tahu, mendukung legasi umnooo terus maju, untuk rakyat malaysia.. mungkin. Hehehe joking. Bukan jeans, slack, track bottom etc. Kalau track bottom harus lah aku lari tanpa berpaling ke belakang, kalah Usain Bolt tauu. Ini haa, kain baju kurung! dengan pump shoes lagi, cemana nak lari, melecet kaki seminggu. Grrrr. Tapi ada sorang senior ni, dulu kena panggil dia abang, tapi setahun kemudian baru kutahu kita sebaya, geli pulak mengenangkan panggilan abang itu, hohoo. 

Tapi, enta memang nampak macam abang-abang pun.Tapi enta baik sangat, harus la ku kenang enta selagi masih bernyawa. Enta lah satu-satunya senior yang cakap, ‘adik, jangan lari dik, takpe lambat pun takpe, bahaye kang jatuh, tepi tu bukit, hati-hati’. Jumpa time makan, ‘adik, kenape makan sikit sangat, tambah lagi la, eh?,’ dengan senyuman paling manis bergula. Haih nasib baik aku hati kayu time tu, kalau tak, lain ceritanya sekarang.  Hmm  Sekarang enta dah jadi eksekutif petronas ye, good for you, you are nice guy, you deserve that. Enta mesti dah tak ingat eden kan, haha tak kisah la, tapi bulan Mac haritu we bumped to each other.  Enta senyum. Hati eden bagai dipalu, berdebar-debar, apakah tandanya? Hahahaa okey mengarut sangat, tak ada maknanyaaa, tapi betul la, enta senyum pada eden. Eden pun cepat-cepat jalan masuk kedai. Bahaya.  Tapi, alamak terjumpa lagi dalam kedai. Enta senyum lagi. Perasan kejap. Hoho. Hish tak boleh jadi, eden cepat-cepat bayar lalu berlalu pergi ke blok kediaman. Takmau cerita lebih-lebih. Dugaan betul. Dah la masa tu hidup bagai dilanggar garuda, tunggang terbalik. Gitu.

Untuk malam kebudayaan, malam penutup minggu mesra pelajar 2010 tu, kena buat persembahan, aku play safe, aku masuk kumpulan nasyid, syikin sang roommate aku pun dalam kumpulan nasyid tu, tapi masa tu dia tak jadi rommate lagi, baru blockmate,levelmate whatever. Mija pun dalam nasyid, faz, aisyah, siapa lagi entah, budak lelaki aku dah tak ingat langsung. Heee kenangannyaaa! Enta pun ada. Pakai kopiah masa tu. Tersenyum-senyum tengok kami praktis, aku miming je lebih, manalah aku tahu lagu nasyid masa tu. Dah la asyik lupa lirik. Lepas tu muka memang ketat habis la, dengan penatnya berlari-lari, makan pun kalut-kalut, solat pun laju macam apa entah, jadinya aku rebel dengan tunjuk muka masam mencuka, mesti buruk, I can imagine. Teruknya laa perangai, hish. Tapi masa praktis tu, aku dah plan senyap-senyap, takmau buat persembahan. Jadi, esok siangnya tu, aku bagitau dekat  kakak pc yang aku tak sihat, rasanya mungkin aku tak dapat ikut serta nasyid, lepas tu kakak tu suruh aku balik bilik berehat. Horray misi berjaya! Aku memang terer bab mengelat ni.Buat muka kesian sikit. Hahaaa jadi selalu!! Tapi memang pun suara aku hoarse waktu tu. Budak-budak nasyid pakat cari aku, masing-masing jeles, Haha nasib la you guys, pandai-pandai la nak hidup.

Sepanjang minggu tu, jadual tidur tunggang langgang. Tidur pukul 3 pagi bangun pukul 6 pagi. Aku tak tidur dalam bilik aku, aku menumpang bilik orang sebab aku tak ada roomate lagi waktu tu, aku takut aku terbabas tidur. Haha. Tidur lewat tu bukan apa, pelajar baru kena berlatih cheers, lepas tu kena lawan bersorak dengan kolej-kolej lain. Kolej Zaaba la paling banyak cheers. Cheers ala-ala hakka rugby pun ada. Sumpah ianya begitu hardcore sekali! Dulu rasa seronok, tapi tak lama lepas tu, bila dah matang sikit, rasa aktviti cheers tu macam lagho sangat. Solat, makan disuruh laju-laju, tapi berlatih cheers berjam jam tu boleh pulak. Nasib tak lekat tulang ayam kat esofagus ku ini. Sungguh aku tak faham, tapi dengarnya pimpinan pelajar yang baru bermula tahun 2011 dah tak ikut sangat acara ‘rimba’ sebegitu. Baguslah. Buang masa. Baik pergi tidur, pulihkan tenaga. Kan.  Dalam dectar, aku buat kawan baru, Ila, the first young lady in tudung labuh yang aku encounter. Budak sekolah agama ni. Kami berkawan sampai sekarang, dalam dectar dulu, selalu duduk sebelah dia. I miss you darling. May happiness be with you forever. Rindu nak dengar cerita-cerita Ila. Lepas kenal Ila, kenal pulak gadis-gadis bertudung labuh yang lain, kenal ummu, kenal ida etc.  Semuanya stok ayu, kecuali Ila, dia ni ting tong sikit, lebih kurang aku la jugak. Hehe.

 Masa pendaftaran pelajar baru, aku tak rasa excited pun sebenarnya masuk belajar di situ, aku rasa biasa-biasa saja. Jenis tak ada perasaan kot. Robot. Lepas daftar, masuk bilik.Bilik besaaar, boleh joging dalam tu kalau mahu. Dan memang pun aku joging dalam tu. Bilik hujung sekali, tepi tu ada bukit. Dekat koridor bilik tu la aku bergayut telefon dengan mama lebih 6 kali sehari sepanjang semester pertama. Aku telefon mak sendiri, walaupun 6,7 kali sehari, problem? Dekat koridor tu jugak la tempat aku merenung bintang, bulan dan langit malam. Masa hari pendaftaran tu,family, sepupu sepapat semua ada. Yang tak ada parents in law je. Okey lepas tu keberangkatan pulang mama, abah, adik, sepupu, pakcik dan makcik. Mata abah berair masa aku hantar ke kereta. Eceh. Sedih la tu. 20 tahun okey duduk dengan parents, maunya abah aku tak sedih. Anak perempuan sorang pulak tu. Yang suka gaduh-gaduh manja dengan dia, yang suka berebut minum air dengan dia, yang kena urut kaki dia, yang suka buat muka pelik-pelik dekat dia. Mananya abah aku tak sedih. Haha. Mama rilek je masa tu. Aku laaagi rilek,tak rasa apa pun. Pelik manusia pemilik blog ni sebenarnya,kan. Lepas tu, bermulanya kehidupan maha kalut seorang pelajar baru prasiswazah!

Nanti bakal disambung ehhh ;)

No comments:

Post a Comment