Aku ini susah untuk melupakan sesuatu. Lagi-lagi perkara yang buat aku terasa hati. Yang buat tangkai jantungku bagai direntap.Yang buat dadaku sesak dan berat menanggung rasa.Yang buat hatiku bagai dilanda taufan menggila.Memang aku boleh katakan aku sudah lupa tapi hakikatnya aku punya kecenderungan untuk terus memahatkan perkara itu di ingatanku untuk masa yang agak panjang. Lupaku hanya di bibir bukan di hati. Orang-orang akan menganggap aku ini sudah benar-benar melupakan perkara itu tapi aku tahu, aku bukan begitu. Aku tahu kerana yang jiwa dan hatinya merusuh adalah aku. Ada yang mengatakan ini sifat orang yang berdendam. Entah. Mungkin juga. Persoalannya, sampai bila aku mahu simpan rasa rajuk dan terasa hati itu?
Ini dia solusinya wahai Maryam (bukan nama sebenar) lupakanlah sengketa di hatimu,damaikanlah rasa hatimu kerana setiap orang tidak akan pernah terlepas dari melukakan hati manusia lain.Kau juga bahkan mungkin pernah menyentap dan menyentak hati manusia di sekelilingmu. Kau juga mungkin pernah menjadi sebab menitisnya air mata manusia lain kerana perlakuanmu, atau tutur bicaramu. Kau juga mungkin pernah membuatkan orang-orang tertentu bergolak hatinya dan berombak kencang jiwanya.
Amankanlah prasangkamu. Fikir hanya yang baik-baik sahaja. Supaya engkau tidak terus hanyut dalam kegalauan jiwamu.
Sekian. Wehuuuuu! Aku cuba bersastera sebenarnya. Haha tapi pastinya berdasarkan kisah benar. Yes, true story, my very own story of life. Tapi aku edit la sikit. Mana pernah jiwa aku merusuh pun. Eh pernah-pernah! Pernah la sikit. Haha till then assalamualaikum and g'day!
No comments:
Post a Comment