Sunday, 29 December 2013

2013


Okay lets begin. January dimulakan dengan pementasan drama.Jadi, mula berlatih pada penghujung disember. Aku tak pernah terfikir, tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku yang aku akan berlakon. Jadi lelaki pulak tu. Siap kena mekap ada mustache dengan janggut. Rupa tu okey la. But hey, it wasn’t a sublime acting for me, it was like a total crap, a total mess.Aku takda bakat, harap maklum. Final examination for the fifth semester went well.  Habis saja examination, heading back to sg petani, cuti tak lama, sebulan lebih sahaja. Jadi masa di rumah yang terluang tu aku habiskan dengan menjadi babysitter kepada aliff. He was around 2 months old at that time. Lembik macam agar-agar. Bhahaha.  

Awal Februari, asyik balik kampung je. Hujung minggu je mesti balik. Sebab masa ni arwah tokwan aku tengah tak sihat. And he passed away, al Fatihah. Pertengahan Februari, semester keenam merangkap semester terakhir pengajian pun bermula. Tapi. Tapi kelas aku bermula 3 minggu lewat dari tarikh sepatutnya sebab ada masalah teknikal sikit. Geram jugak rasanya. Tapi, ada hikmah dia. Sebab sesampainya aku kat kampus pada 17 Februari tu, aku demam, dapat ulser. Memang seksa sebab jarang kena plus aku ni kategori tak tahan sakit. Aku tak bercakap, aku tak makan, aku rasa macam the living dead dah waktu tu. Haha. Lepas seminggu, ulser pun hilang, demam pun kebah. Tapi. Datang lagi penyakit lain. Secara tak semena-mena, tapak kaki kiri aku sakit. Sakit yang tak tergambar. Rasa bisa. Mencucuk-cucuk macam jalan atas jarum. Nak pergi ke toilet aras aku tu, tahu berapa lama masa aku ambik? 20 minit! Padahal selang beberapa bilik je dah jumpa toilet. And it gets worse during nights. Tapak kaki jadi merah dan rasa panas yang amat. Tak terucap dengan kata-kata. Lepas tu, aku consult doctor. Dia syak aku ada gout. Tapi heran jugak,muda muda dah ada gout? Plus aku jarang makan makanan yang sebabkan gout. Aneh. Dan kena buat ujian darah. Jadi dalam masa tunggu keputusan ujian keluar, aku tetap kena pergi mesyuarat dengan aktiviti fundraising untuk program wajib our school. Berjalanlah aku dengan terhincut-hincut. Memang menguji. Aku tak bagitau famili aku pun mula-mula aku sakit tu. I don’t want anyone worry about my well beingness. Biar aku tanggung sorang-sorang, iron lady kan. Eheh. Tapi bila semakin teruk, nak taknak, kena bagitau. Based on the blood test result, everything was normal, nothing is wrong with my body. Doktor pun hairan.Adik aku boleh kata aku pijak anak jin, apakebenda tah adik aku tu pun. Aku dah demoralized waktu ni. Rasa macam nak tangguh semester je.  Tapi selang beberapa hari kemudian, poof! The pain was gone. Like nothing happened.  Syukur . Dan kelas pun bermula. Nampak tak hikmah dia kelas mula lambat. Dan first time aku solat duduk. Pengalamannn. Yes everything happened for a reason, I admit that J

Mac. The busiest month for 2013. Awal Mac, program wajib our school. Ada penilaian untuk program ni.. Sebelum pukul 7 dah ada kat pusat pengajian, lewat malam pukul 1 pagi baru balik bilik. Tingtong aku dibuatnya. Program 2 hari tu pun habis, dan ianya berjaya! Alhamdulillah. Rasa lega sangat sebab ni affect markah LI jugak dan syarat wajib kena pass. Tapi kesibukan tak habis lagi. Sampai hujung Mac sibuk. The following week tu ada program GAP. Tapi kan hari kedua program tu aku ponteng, haha. Aku buat program sendiri, lebih afdhol J Aku memang suka being busy sebab bila aku sibuk, aku tak buat/ingat benda-benda yang lagho, benda-benda yang buat aku down etc  sebab waktu ni macam-macam hal timbul, dengan KP la, dengan thesis la, itu la ini la. Hujung Mac aku pegi ambik angin kat Cameron dengan kawan-kawan, kononnya nak unwind. And yes we did unwind ourselves yayy. Kenangannyaa!J So during the trip, there was this guy, I noticed him since early February at college’s cafĂ©. Dan aku tak sangka dia ikut trip tu. And yes, dia memang sesuatu. Pelik betul. Tapi simpan rasa pelik dalam hati je la. Aku ni idok le gedik sangat nak bagi respons.

April and May, I was struggling for my thesis. Awal April, cuti midsem. Balik rumah sebab nak bagi questionnaire kat respondens. Muiz banyak tolong aku masa bagi questionnaire kat students SMKBSP, thanks Muiz! Dan Ada viva pada penghujung April. 26th April. Memang kalut dan serabut. 3 kali aku terpadam data dalam SPSS. Satu kerja pulak nak key in data balik dalam SPSS tu. Dah la responden aku ramai. Nak nangis je rasa. Tapi aku tahan je.  Memang stressful.  Dengan banyak pulak pembentangan nak buat. Dengan hal itu, hal ini. Luaran memang nampak aku macam rileks, dalaman punyalah berselirat ALLAH saja yang tahu. Quite a hard time of my life. Tapi katanya wanita besi, ehh?? :D Tapi, lepas je viva, rasa lepas dan bebas. Malam sebelum viva tu, aku berjaga sepanjang malam, perbetulkan slide, praktis bentang. Dan esoknya pagi-pagi dah tercangak kat school. Tak nervous langsung. Sebab aku macam numb waktu tu. Apa pun aku tak rasa. Sebab tak tido semalaman. Yang aku tahu lepas sesi pembentangan aku nak serbu katil dulu! Habis je viva, rasa sangat happy! Coursemates semua sengih manjang. Sebab masing-masing tahu masing-masing di landasan yang benar. Eceh. 

Bulan Mei, kalut siapkan semua assignments, perbetul tesis, update pasal tempat praktikal. Dan kalut jugak ambik tahu pasal PRU, bhahaha! Masa ni pakat duk minat sorang politician ni dengan mija. Simply because we adore the way he presented himself, nampak berkaliber. Dan hujung May,pembentangan terakhir core subject. Aku paling suka bila pensyarah feveret aku suka kerja aku dengan partner aku.  Sebab aku minat subjek yang dia ajar sebab tu aku buat sehabis baik. Haha, dasarr. Dan Jun, peperiksaan bermula. Dan sebelum tu, study week seminggu. Kalut cantikkan tesis. Tak study sangat pun, maklum aa bukan jenis rajin. Hiks. 2 paper je. Satu subjek memang aku suka habis, satu lagi, er tak minat sebab kena menghafal. Habis exam je, start pack barang balik rumah. Seronok. Tapi sedih. Bercampur baur. Sebab berpisah dengan kawan-kawan. Orang lain habis je exam,dah start praktikal. Aku pulak rileks dulu 2 minggu. Hahaha.

15th July, mula praktikal. Ofis best, so like a home la dah memang pun bangunan banglo yang dijadikan ofis. Nasib ada parhana jadi tak la terkontang-kanting kat tempat baru. Supervisor pun best. Banyak pengalaman dapat. Attend event itu, event ini. Masuk kerja jam 9.30 pagi. Bila dah ada kereta, selalu balik lambat. Enjoy kerja katanya. Haha. Kami kerap jugak masak untuk lunch dan jamu manusia-manusia kat opis tu. Selalu kena stock up makanan kat dapur. Multitasker kan, semua benda dibuat. Kadang balik kerja, terus pergi Putrajaya, bila pegi ok je, bila balik asyik sesat. Haha. Dah la banyak tol booth. Memang mencekik darah la duduk sana. Sepatutnya tempoh praktikal 2 bulan sahaja tapi memandangkan konvokesyen bulan 10, dan aku tak kerja lagi, makanya aku sambung la praktikal lagi sebulan. Habis je praktikal awal Oktober, balik rumah. Eh tak, balik kampung! Raya Haji. Dan aku bawak balik penyakit demam sekali. Famili semua pegi Terengganu, aku bedridden. Lagi seminggu nak konvo, aku balik kampus. Dengan kawan-kawan. Konon nak spend quality time together la, yelah lepas ni susah nak jumpa. Huhu. Seminggu kat sana, tak lekat kat bilik. Asyik berjalan je, duit pun cepat la kering. Nipis poket T__T

Habis konvo, balik jadi penanam anggur. Tapi baru sekarang aku sedar anggur yang aku tanam taknak hidup, taknak membiak. Mandul agaknya. Haha. Rehat 2 minggu lepas tu buat kelas tusyen kat anak-anak jiran. Tenggelam suara aku, ramai sangat. Sudahnya, aku ketuk whiteboard dengan marker pen just to get their attention. Kelas tusyen tu masih wujud up until now, tapi rasanya akan diterminatekan. Sebab bebudak tu dah nak mula sekolah dan aku pun mungkin akan bekerja di sebuah taska. We’ll see how la. Takkan aku nak teruskan dengan bisnes anggur yang tak menjadi tu. Jadi sebelum secure a good job, why not kerja biasa-biasa dulu kan.

Aku banyak belajar dari pengalaman yang aku tempuhi sepanjang tahun ni. Macam-macam terjadi. Dan semuanya ada hikmah tersendiri. Dan tahun ni tahun paling kerap aku demam. 3 kali. Kafarah dosa :D Harapnya tahun depan lagi cemerlang, gemilang dan terbilang, dan semoga lebih matang, dan semoga berjaya kumpul pahala, pengalaman, dan err duit sebanyak-banyaknya, hehehehe.
Ameen!!




No comments:

Post a Comment