Aku adalah seorang yang
chatterbox.. Ha hah hah *gelak semput.
Tapi dengan manusia lah bukan dengan skrin gajet. Ada ke orang jadi chatterbox bila dengan gajet?
Maknanya begini ya, dia ngadap gajet dia like nobody’s business. Semuanya harus ada batasan, bagi aku lah. Bukan
apa, gajet tu takleh tolong sedekah al- Fatihah pun kalau satu hari tu kau pergi
tak kembali.
Aku pantang betul orang yang pandang jelik pada orang luar
(esp bangladeshi *beginikah cara untuk
menggelar orang-orang berasal dari negara bangladesh?, indonesian dan
lain-lain yang cari rezeki di Malaysia ini). Tahu ke, entah-entah orang yang
kau pandang jelik tu tak pernah missed solat
jemaah, rajin bersedekah, hafal Quran apa semua and yet kau pandang rendah
kepada dia. Padahal kedudukan dia di sisi Dia lagi tinggi bertingkek - tingkek
dari kau. Dan kau kena ingat, bumi
Malaysia ni bukan kau punya pun. Kita semua menumpang di bumi ALLAH, jadi sila
sedar diri ok. Kau miskin, aku juga miskin. Semuanya miskin, semuanya hanya
menumpang. Aku admit, ada yang datang
sini yang buat onar, tapi masalahnya bukan semua. Stop generalising.
Tak sukalah orang yang meremehkan orang yang cuba buat
kebaikan. Dah kau tak mahu buat baik, duduk diam-diam sajalah. Tak payah nak
pandang rendah kepada usaha orang lain. Orang lain tu nak topup akaun pahala,
biarlah dia.
Ego aku kadang-kadang mungkin tinggi. Tapi begitupun, aku
masih boleh terima teguran asalkan itu teguran membina. Dan aku tak paham orang
yang tak suka ditegur, padahal teguran itu untuk sedarkan dia. Menurut aku lah,
yang itu baru betul ego.
Ada orang, mahukan orang bertoleransi dengan dia. Tapi dia
tak mahu bertolerasi dengan orang apabila toleransi dia diperlukan. Err faham
tak ni? Ok tak perlu faham pun, namanya juga entri bebelan sorang-sorang :p
Aku perlukan orang yang sentiasa mengingati aku. Eh salah. Hahaha! Bukan mengingati aku tetapi
mengingatkan aku. Baru betul, ish! Kalau aku hanyut, sila tarik dan selamatkan
aku. Kalau aku banyak sembang benda lagha, sila pulas telinga aku. Pokoknya
kalau dah nampak aku macam menyimpang tu, tolong ingatkan aku. Terima kasih,
jasamu ku kenang hingga ke akhirat sana J
Aku mengidam susu kambing ni. (?) Tengok, dah menyimpang.
Hahaaa.
Bye.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment