Thursday, 17 July 2014

Words


Meskipun tidak bilang, itu tetap cinta, bukan ?
Tidak akan berkurang nilainya walau satu senti.

Karena sungguh, dikatakan atau tidak dikatakan, itu tetap cinta.

-Tere Liye

Sunday, 6 July 2014

K

Khalish,
been missing you
been dreaming of you
been fighting the urge to have you in my arms

forget me not, young man
will you?

please.

Runaway

I have no idea
of what is happening to me
feels like i'm losing myself
feels like something is crushing me from each directions
like something is tearing me apart
like something is ripping me off

life is hard
and it gets hard 
when I chose not to
share it with others
because
being a burden to others is something I will always try to avoid
even I am aware
that
I will drown in the ocean of my troubled feelings
if I 
hold still to my principle

how I wish
there will be a chance
for me
to find a place  
where people could find me not
an escapade
that will offers me
tranquility that I seek

and
I will 
runaway....................................................................





Saturday, 12 April 2014

Sweetheart





Meet my boy, Mr K. He's smart and full of charm. Sangat manja, kadang-kadang bila aku baring, nak rehatkan badan, he usually comes and sit besides me, doing nothing, just staring at me, smiling widely and toying with my tudung. Ok la the worst is when he starts climbing on me, boleh patah pinggang oo! Tapi I cant resist you young man! You can do whatever you like as long as it brings no harm to you .

K, only He knows how much I love you despite of the fact that I'm only your nanny.

*Cemana aku nak berenti keja taska nihh T_T

Saturday, 8 March 2014

MH370

Aku doakan yang terbaik untuk mereka yang terlibat. Sungguh, jadi hilang mood bila baca laporan kehilangan pesawat ni. I cant imagine if I were in their shoes ( the family members ), yang tertanya-tanya status ahli keluarga yang hilang. Dan macam-macam spekulasi aku baca. Ada yang kata meletup di udara lah, kena hijack lah, macam-macam.  T_T 

Allah juga yang Maha Mengetahui :(

Sunday, 23 February 2014

Rindu

Dilanda kerinduan yang tak terluah dengan kata-kata. Where are you laa sahabat?!! Takleh tidur kalau begini. Sobss T_T

Thursday, 16 January 2014

Tuesday, 14 January 2014

Poem

and if you don't
like me, as I do you:
I understand.

because who would
 really choose
a daisy, in a field
of roses?

{Julie Martinez}

Friday, 10 January 2014

Resolutions?


Assalamualaikum !
So it has been days I havent update my blog, and hi there ! It’s 2014 already. I am 23 going 24. But still, havent achieved anything significant in my life. Huhu. Aku bahagi ikut kategori tau nii.


Pelajaran

Okey dah grad pun dalam 3 bulan lepas. Tapi degree is almost nothing nowadays. Sebab semua orang sekarang ni ada peluang pursue studies until tertiary education. Apa apa pun, aku bersyukur ada jugak peluang untuk aku belajar He gave me. Tapi nak kata berjaya sangat dalam pelajaran, hah daakk pun, aku kategori so-so, sebab aku tak rajin pun nak study lebih-lebih. Kalau subjek yang aku suka, memang keja belek je la buku dia, tapi kalau yang aku tak minat, buku subjek tu aku bukak time dalam kelas dan time buat assignments sahaja. (adik-adik, tolong nah, jangan ikut perlakuan tak semenggah itu) . Aku kalau bab menghafal, kirim salam awal-awal, otak aku tak boleh cerna kenapa kena menghafal lepas tu masa exam hang kena keluaqkan apa yang hafal tu ke dalam bentuk tulisan lepaih tu habih ja exam, hang pun lupa ingatan. Aku lebih kepada pemahaman konsep. Conceptual understanding. Aku kena paham sesuatu konsep, dan kena aplikasikan konsep yang aku paham tu kedalam soalan yang ditanyakan. Haa kalau jenis yang tu, alhamdulillah aku scored well. Tapi kan, biasalah, sekarang ni your intelligence is measured based from your memorization. Gituu.  Maaf la,aku menceceh tadi tu sebab nak menjustifikasikan perbuatan aku yang kurang study, hehehehehe. Taapi, sekarang ni aku masih mengulangkaji apa yang aku belajar, tanpa tekanan (sebab dah tak ada exam), macam rugilah kan kalau aku terus terlupa apa yang aku belajaq selama 3 tahun tu. Dan aku jugak memasang impian nak jadi sukarelawan mengajar to the needy. Ilmu yang bermanfaat ni saham akhirat, aku ni pahala takdak pun, jadi kena la cover kan. Aku pun nak berbahagia di ‘sana’ J


Pekerjaan

Itu bab pelajaran lah, bab lain, hmm aku masih menganggur, ada jugak la peluang kerja mai tapi entah lah, tak boleh nak dipenuhi atas beberapa faktor. Aku tak memilih pun nah tapi kena pertimbangkan la pro dan kontranya. Dilemanya hidup. Dilemanya jadik orang besaq ni.  But the contentment is there because I teach kids in my neighbourhood. Okey la kan, sekurang-kurangnya ada lah jugak jasa tu. Walaupun tak la hebat macam the real teachers, maaf la, aku ni belajar English ja, pedagogi, art of teaching apa semua tu tak belajaq pun. Ada sikit ja basic, tu sebab subjek Language Teaching and Learning masa semester 5 dulu. Dan memang pun kalau dah kerja nanti, aku nak teruskan mengajaq sukarela ni. Kalau dapat tolong mengajaq anak-anak pelarian pun okey dah. Kesian kat depa. Huhu. Ataupun masuk rural areas, dan mengajaq. Nampak la jugak hidup tu beragenda.  Aku takmau la hidup aku ni nanti hanya berkisar dengan kerja, dapat gaji, shopping itu ini, tunggu weekend untuk berehat sepenuhnya, having fun etc, kalau boleh nak la menyumbang kepada masyarakat. Untuk apa hidup kalau tak berjasa, betoi dak ?

Keagamaan/Kerohanian

Ok aku masih di tahap so-so. Umur dah 24 ni oi, kena improve! Duk pasang impian nak kena pegi mengaji agama. Dapat pegi kelas agama during weekend pun okey sangat dah.  Dan memang kena pegi jugak tahun ni. Fardhu ain pun aku meraba-raba dalam kegelapan lagi. Sedih aih macamni. Dengan segala fahaman mengarut yang timbui sekarang,eee aku memang kena pi ngaji jugak!!  Tajwid pun nak kena belajaq balik. Memang la tau hukum tajwid tapi kalau boleh pengetahuan tu kena bagi dalam lagi.  Nanti aku nak ajaq ngaji kat anak-anak camna kan kalau ibunya pun ting tong lagi. Nanti jadi bagaikan ibu ketam mengajaq anak anaknya berjalan. Ibu ketam pun jalan senget senget lagi ada hati nak suruh anak dia berjalan straight          (-_____-) Dan kalau aku master dah hukum tajwid ni, aku nak mengajaq jugak.  Hehehe jadi ustazah farah. Pegang rotan sebelah tangan. Tapi jangan risau la, aku tak rotan aih, saja pegang. 


Kesihatan

Benda pasai kesihatan yang aku baru discover adalah terapi oil pulling. Silalah google apakebenda oil pulling ni. Ayurvedic. Katanya bagus untuk kesihatan oral, dia tarik toksin, dan jugak bagus untuk melegakan premenstrual syndrome. Haa sesapa yang kalau pms ( time orang perempuan jadik incredible hulk, keja nak marah ja, tak pun sakit perut terguling-guling, silalah coba) . Boleh guna minyak kelapa, minyak zaitun, minyak flaks, minyak petrol , eh dak. Aku guna minyak zaitun tapi minyak zaitun mahai la. Mana nak sapu kat rambut lagi, kulit lagi, nak oil pulling ni mau kena guna satu sudu besaq, kalau sehari 2 kali buat oil pulling, tak ka cepat habih minyak tu, 2 botol sebulan pun tak cukup. Enough about oil pulling. Vegetable smoothies. Ni pun aku buat. Rasanya sedap la jugak. Selalunya aku blend segenggam bayam ( atau sayuran hijau yang lain), tomato, lobak merah, pisang dan lain-lain, letak ayaq sikit, blend. Takyah tapis, minum ja. Ni untuk detox badan. Dah 24 weh, kena jaga badan. Minum ayaq kena banyak. Minum ayaq lemon right before you start your day. Untuk detox jugak nih. Ais takmau ya. Nanti buncit. Aigooo. Jangan minum ayaq putih banyak waktu malam, nanti water retention. Makan madu. Tapi madu aku dah habis stok. Aku suka madu New Zealand tu, clover honey, mild ja rasa dia. Haa early to bed, early to rise. Aku failed betoi bab early to bed ni, mata tu kadang ngantuk tapi takleh tidoq. Mata aku terkebil-kebil ja pandang siling dalam gelap. Cemana nak bagi tidoq awai ni. Aku kalau boleh pukul 10 nak tidoq dah. Kena paksa diri nih.Hmmphh.  Makan habbatus sauda jugak. Tapi jangan banyak, 7 biji cukup. Satgi demam pulak kalau banyak, sebab habbatus sauda ni sifat dia panas. Aku nak beli minyak argan la, walaupun harganya.. hehe seram nak taip kat sini. Workout. Aku buat jugak. Badan tu kena ada tone. Buat squat pun best. Sore habis muscle aku.  Planking, hmm tahan 1 minit or so, nak putuih urat perut aku rasanya. Huhu. No pain, no gain. Dan aku kena istiqamah berworkout. Istiqamah jaga makan minum. In fact, banyak kekurangan yang aku kena pertingkatkan.

Kesimpulannya, banyak benda yang nak dicapai. Dan masih tak tercapai. Moga ALLAH permudahkan segala-galanya. Ameen !

Saturday, 4 January 2014

Quote

Our policy was always to have a good and friendly relations with anyone. But we never have accepted being oppressed and we will never accept it.

-Ahmed Shah Massoud ( you people should read about him )

Friday, 3 January 2014

Crib Eviction Notice


What can I say is this is one relentless act done by the Family Planning Department. Hahahaa

Wednesday, 1 January 2014

2014 Handbook ( Deeds )



  1. Jaga ibadah fardhu.
  2. Extrakan pahala dengan ibadah dengan solat sunat
-          Solat sunat rawatib
-          Solat sunat awwabin
-          Solat sunat Taubat
-          Solat sunat witir
-          Solat sunat dhuha
-          etc
  1. Tambah lagi dengan ibadah sunat yang lain. Puasa sunat dan apa-apa ibadah yang sunat lah J
  2. Quran. Kena baca walaupun hanya satu muka surat sehari. Baca terjemahan sekali, macam terer sangat dah takmau baca terjemahan,  :p satu huruf 10 pahala. Satu muka surat roughly ada berapa huruf? dan roughly 3 minit je nak habiskan per page. Cuba anda darab total huruf dengan 10. Kaya tak? Kalah oil magnate tahu? :D
  3. Daily quran recitations- Ar Rahman, Al Waqiah, As Sajadah, Al Mulk, Al Kahfi on Fri. Make it possible, (tuan blog please jangan *baloq sangat)
  4. Zikr dan selawat. Ini perlu. Sebab kadang-kadang mulut tu melencong. Contoh terbaik, aku. Baru je aku nyanyi bait-bait lagu sixpence none the richer- kiss me. Cemana kalau orang dengar? Kalau zikir dapat jugak pahala.
  5. Mathurat pun patutnya takleh tinggal. Sobs

Glosari
*Baloq= Indescribable level of laziness  :p

Kena bungkuih