Friday, 10 January 2014

Resolutions?


Assalamualaikum !
So it has been days I havent update my blog, and hi there ! It’s 2014 already. I am 23 going 24. But still, havent achieved anything significant in my life. Huhu. Aku bahagi ikut kategori tau nii.


Pelajaran

Okey dah grad pun dalam 3 bulan lepas. Tapi degree is almost nothing nowadays. Sebab semua orang sekarang ni ada peluang pursue studies until tertiary education. Apa apa pun, aku bersyukur ada jugak peluang untuk aku belajar He gave me. Tapi nak kata berjaya sangat dalam pelajaran, hah daakk pun, aku kategori so-so, sebab aku tak rajin pun nak study lebih-lebih. Kalau subjek yang aku suka, memang keja belek je la buku dia, tapi kalau yang aku tak minat, buku subjek tu aku bukak time dalam kelas dan time buat assignments sahaja. (adik-adik, tolong nah, jangan ikut perlakuan tak semenggah itu) . Aku kalau bab menghafal, kirim salam awal-awal, otak aku tak boleh cerna kenapa kena menghafal lepas tu masa exam hang kena keluaqkan apa yang hafal tu ke dalam bentuk tulisan lepaih tu habih ja exam, hang pun lupa ingatan. Aku lebih kepada pemahaman konsep. Conceptual understanding. Aku kena paham sesuatu konsep, dan kena aplikasikan konsep yang aku paham tu kedalam soalan yang ditanyakan. Haa kalau jenis yang tu, alhamdulillah aku scored well. Tapi kan, biasalah, sekarang ni your intelligence is measured based from your memorization. Gituu.  Maaf la,aku menceceh tadi tu sebab nak menjustifikasikan perbuatan aku yang kurang study, hehehehehe. Taapi, sekarang ni aku masih mengulangkaji apa yang aku belajar, tanpa tekanan (sebab dah tak ada exam), macam rugilah kan kalau aku terus terlupa apa yang aku belajaq selama 3 tahun tu. Dan aku jugak memasang impian nak jadi sukarelawan mengajar to the needy. Ilmu yang bermanfaat ni saham akhirat, aku ni pahala takdak pun, jadi kena la cover kan. Aku pun nak berbahagia di ‘sana’ J


Pekerjaan

Itu bab pelajaran lah, bab lain, hmm aku masih menganggur, ada jugak la peluang kerja mai tapi entah lah, tak boleh nak dipenuhi atas beberapa faktor. Aku tak memilih pun nah tapi kena pertimbangkan la pro dan kontranya. Dilemanya hidup. Dilemanya jadik orang besaq ni.  But the contentment is there because I teach kids in my neighbourhood. Okey la kan, sekurang-kurangnya ada lah jugak jasa tu. Walaupun tak la hebat macam the real teachers, maaf la, aku ni belajar English ja, pedagogi, art of teaching apa semua tu tak belajaq pun. Ada sikit ja basic, tu sebab subjek Language Teaching and Learning masa semester 5 dulu. Dan memang pun kalau dah kerja nanti, aku nak teruskan mengajaq sukarela ni. Kalau dapat tolong mengajaq anak-anak pelarian pun okey dah. Kesian kat depa. Huhu. Ataupun masuk rural areas, dan mengajaq. Nampak la jugak hidup tu beragenda.  Aku takmau la hidup aku ni nanti hanya berkisar dengan kerja, dapat gaji, shopping itu ini, tunggu weekend untuk berehat sepenuhnya, having fun etc, kalau boleh nak la menyumbang kepada masyarakat. Untuk apa hidup kalau tak berjasa, betoi dak ?

Keagamaan/Kerohanian

Ok aku masih di tahap so-so. Umur dah 24 ni oi, kena improve! Duk pasang impian nak kena pegi mengaji agama. Dapat pegi kelas agama during weekend pun okey sangat dah.  Dan memang kena pegi jugak tahun ni. Fardhu ain pun aku meraba-raba dalam kegelapan lagi. Sedih aih macamni. Dengan segala fahaman mengarut yang timbui sekarang,eee aku memang kena pi ngaji jugak!!  Tajwid pun nak kena belajaq balik. Memang la tau hukum tajwid tapi kalau boleh pengetahuan tu kena bagi dalam lagi.  Nanti aku nak ajaq ngaji kat anak-anak camna kan kalau ibunya pun ting tong lagi. Nanti jadi bagaikan ibu ketam mengajaq anak anaknya berjalan. Ibu ketam pun jalan senget senget lagi ada hati nak suruh anak dia berjalan straight          (-_____-) Dan kalau aku master dah hukum tajwid ni, aku nak mengajaq jugak.  Hehehe jadi ustazah farah. Pegang rotan sebelah tangan. Tapi jangan risau la, aku tak rotan aih, saja pegang. 


Kesihatan

Benda pasai kesihatan yang aku baru discover adalah terapi oil pulling. Silalah google apakebenda oil pulling ni. Ayurvedic. Katanya bagus untuk kesihatan oral, dia tarik toksin, dan jugak bagus untuk melegakan premenstrual syndrome. Haa sesapa yang kalau pms ( time orang perempuan jadik incredible hulk, keja nak marah ja, tak pun sakit perut terguling-guling, silalah coba) . Boleh guna minyak kelapa, minyak zaitun, minyak flaks, minyak petrol , eh dak. Aku guna minyak zaitun tapi minyak zaitun mahai la. Mana nak sapu kat rambut lagi, kulit lagi, nak oil pulling ni mau kena guna satu sudu besaq, kalau sehari 2 kali buat oil pulling, tak ka cepat habih minyak tu, 2 botol sebulan pun tak cukup. Enough about oil pulling. Vegetable smoothies. Ni pun aku buat. Rasanya sedap la jugak. Selalunya aku blend segenggam bayam ( atau sayuran hijau yang lain), tomato, lobak merah, pisang dan lain-lain, letak ayaq sikit, blend. Takyah tapis, minum ja. Ni untuk detox badan. Dah 24 weh, kena jaga badan. Minum ayaq kena banyak. Minum ayaq lemon right before you start your day. Untuk detox jugak nih. Ais takmau ya. Nanti buncit. Aigooo. Jangan minum ayaq putih banyak waktu malam, nanti water retention. Makan madu. Tapi madu aku dah habis stok. Aku suka madu New Zealand tu, clover honey, mild ja rasa dia. Haa early to bed, early to rise. Aku failed betoi bab early to bed ni, mata tu kadang ngantuk tapi takleh tidoq. Mata aku terkebil-kebil ja pandang siling dalam gelap. Cemana nak bagi tidoq awai ni. Aku kalau boleh pukul 10 nak tidoq dah. Kena paksa diri nih.Hmmphh.  Makan habbatus sauda jugak. Tapi jangan banyak, 7 biji cukup. Satgi demam pulak kalau banyak, sebab habbatus sauda ni sifat dia panas. Aku nak beli minyak argan la, walaupun harganya.. hehe seram nak taip kat sini. Workout. Aku buat jugak. Badan tu kena ada tone. Buat squat pun best. Sore habis muscle aku.  Planking, hmm tahan 1 minit or so, nak putuih urat perut aku rasanya. Huhu. No pain, no gain. Dan aku kena istiqamah berworkout. Istiqamah jaga makan minum. In fact, banyak kekurangan yang aku kena pertingkatkan.

Kesimpulannya, banyak benda yang nak dicapai. Dan masih tak tercapai. Moga ALLAH permudahkan segala-galanya. Ameen !

No comments:

Post a Comment