Edisi satu.
Minggu mesra pelajar Julai 2010.
Minggu paling hectic, senior
kejam! Ada ke suruh lari-lari time nak naik bas! Dah la yang perempuan berkain-
pakaian rasmi masa tu, baju kurung biru, kenapa biru? Aku tak tahu, mendukung
legasi umnooo terus maju, untuk rakyat malaysia.. mungkin. Hehehe joking. Bukan
jeans, slack, track bottom etc. Kalau track bottom harus lah aku lari tanpa
berpaling ke belakang, kalah Usain Bolt tauu. Ini haa, kain baju kurung! dengan
pump shoes lagi, cemana nak lari, melecet kaki seminggu. Grrrr. Tapi ada sorang
senior ni, dulu kena panggil dia abang, tapi setahun kemudian baru kutahu kita
sebaya, geli pulak mengenangkan panggilan abang itu, hohoo.
Tapi, enta memang nampak
macam abang-abang pun.Tapi enta baik sangat, harus la ku kenang enta selagi
masih bernyawa. Enta lah satu-satunya senior yang cakap, ‘adik, jangan lari
dik, takpe lambat pun takpe, bahaye kang jatuh, tepi tu bukit, hati-hati’.
Jumpa time makan, ‘adik, kenape makan sikit sangat, tambah lagi la, eh?,’
dengan senyuman paling manis bergula. Haih nasib baik aku hati kayu time tu,
kalau tak, lain ceritanya sekarang. Hmm Sekarang enta dah jadi eksekutif petronas ye,
good for you, you are nice guy, you deserve that. Enta mesti dah tak ingat eden
kan, haha tak kisah la, tapi bulan Mac haritu we bumped to each other. Enta senyum. Hati eden bagai dipalu,
berdebar-debar, apakah tandanya? Hahahaa okey mengarut sangat, tak ada
maknanyaaa, tapi betul la, enta senyum pada eden. Eden pun cepat-cepat jalan
masuk kedai. Bahaya. Tapi, alamak
terjumpa lagi dalam kedai. Enta senyum lagi. Perasan kejap. Hoho. Hish tak boleh jadi, eden
cepat-cepat bayar lalu berlalu pergi ke blok kediaman. Takmau cerita
lebih-lebih. Dugaan betul. Dah la masa tu hidup bagai dilanggar garuda,
tunggang terbalik. Gitu.
Untuk malam kebudayaan, malam
penutup minggu mesra pelajar 2010 tu, kena buat persembahan, aku play safe, aku
masuk kumpulan nasyid, syikin sang roommate aku pun dalam kumpulan nasyid tu,
tapi masa tu dia tak jadi rommate lagi, baru blockmate,levelmate whatever. Mija
pun dalam nasyid, faz, aisyah, siapa lagi entah, budak lelaki aku dah tak ingat
langsung. Heee kenangannyaaa! Enta pun ada. Pakai kopiah masa tu. Tersenyum-senyum
tengok kami praktis, aku miming je lebih, manalah aku tahu lagu nasyid masa tu.
Dah la asyik lupa lirik. Lepas tu muka memang ketat habis la, dengan penatnya
berlari-lari, makan pun kalut-kalut, solat pun laju macam apa entah, jadinya
aku rebel dengan tunjuk muka masam mencuka, mesti buruk, I can imagine.
Teruknya laa perangai, hish. Tapi masa praktis tu, aku dah plan senyap-senyap,
takmau buat persembahan. Jadi, esok siangnya tu, aku bagitau dekat kakak pc yang aku tak sihat, rasanya mungkin
aku tak dapat ikut serta nasyid, lepas tu kakak tu suruh aku balik bilik
berehat. Horray misi berjaya! Aku memang terer bab mengelat ni.Buat muka kesian
sikit. Hahaaa jadi selalu!! Tapi memang pun suara aku hoarse waktu tu.
Budak-budak nasyid pakat cari aku, masing-masing jeles, Haha nasib la you guys,
pandai-pandai la nak hidup.
Sepanjang minggu tu, jadual tidur
tunggang langgang. Tidur pukul 3 pagi bangun pukul 6 pagi. Aku tak tidur dalam
bilik aku, aku menumpang bilik orang sebab aku tak ada roomate lagi waktu tu,
aku takut aku terbabas tidur. Haha. Tidur lewat tu bukan apa, pelajar baru kena
berlatih cheers, lepas tu kena lawan bersorak dengan kolej-kolej lain. Kolej
Zaaba la paling banyak cheers. Cheers ala-ala hakka rugby pun ada. Sumpah ianya
begitu hardcore sekali! Dulu rasa seronok, tapi tak lama lepas tu, bila dah
matang sikit, rasa aktviti cheers tu macam lagho sangat. Solat, makan disuruh
laju-laju, tapi berlatih cheers berjam jam tu boleh pulak. Nasib tak lekat
tulang ayam kat esofagus ku ini. Sungguh aku tak faham, tapi dengarnya pimpinan
pelajar yang baru bermula tahun 2011 dah tak ikut sangat acara ‘rimba’
sebegitu. Baguslah. Buang masa. Baik pergi tidur, pulihkan tenaga. Kan. Dalam dectar, aku buat kawan baru, Ila, the
first young lady in tudung labuh yang aku encounter. Budak sekolah agama ni.
Kami berkawan sampai sekarang, dalam dectar dulu, selalu duduk sebelah dia. I
miss you darling. May happiness be with you forever. Rindu nak
dengar cerita-cerita Ila. Lepas kenal Ila, kenal pulak gadis-gadis bertudung
labuh yang lain, kenal ummu, kenal ida etc.
Semuanya stok ayu, kecuali Ila, dia ni ting tong sikit, lebih kurang aku
la jugak. Hehe.
Masa pendaftaran pelajar baru, aku tak rasa
excited pun sebenarnya masuk belajar di situ, aku rasa biasa-biasa saja. Jenis
tak ada perasaan kot. Robot. Lepas daftar, masuk bilik.Bilik besaaar, boleh
joging dalam tu kalau mahu. Dan memang pun aku joging dalam tu. Bilik hujung
sekali, tepi tu ada bukit. Dekat koridor bilik tu la aku bergayut telefon
dengan mama lebih 6 kali sehari sepanjang semester pertama. Aku telefon mak
sendiri, walaupun 6,7 kali sehari, problem? Dekat koridor tu jugak la tempat
aku merenung bintang, bulan dan langit malam. Masa hari pendaftaran tu,family,
sepupu sepapat semua ada. Yang tak ada parents in law je. Okey lepas tu keberangkatan
pulang mama, abah, adik, sepupu, pakcik dan makcik. Mata abah berair masa aku
hantar ke kereta. Eceh. Sedih la tu. 20 tahun okey duduk dengan parents, maunya
abah aku tak sedih. Anak perempuan sorang pulak tu. Yang suka gaduh-gaduh manja
dengan dia, yang suka berebut minum air dengan dia, yang kena urut kaki dia,
yang suka buat muka pelik-pelik dekat dia. Mananya abah aku tak sedih. Haha. Mama
rilek je masa tu. Aku laaagi rilek,tak rasa apa pun. Pelik manusia pemilik blog
ni sebenarnya,kan. Lepas tu, bermulanya kehidupan maha kalut seorang pelajar
baru prasiswazah!
Nanti bakal disambung ehhh ;)