Wednesday, 6 February 2013

Kerja aku sekarang, jadi pengasuh. Mencabarnyaaa. Budak kecik tu umur baru tiga bulan beberapa hari. Lembik lagi. Memandangkan sekarang mak aku tengah posting kat kampung, makanya aku la diamanahkan untuk menggantikan tugas mak aku. Aku masih 'hijau' dalam bab-bab jaga baby ni. Setakat dukung-dukung tu boleh laa. Ini haa, tak pernah-pernah aku mandikan baby kecik, aku kena mandikan, tak pernahnya aku tukar diapers, kena tukar..tapi aku suka je jadi pengasuh ni. First time buat, memang nervous, anak orang kan. Lembik lagi. Tapi, berjaya jugak. hahaa ! Nampak gayanya....hmm.... aku dah boleh bukak nurseri. Hmmm...

No comments:

Post a Comment