Inbox = Bakul masuk
Hahaha. Adeh
Thursday, 16 January 2014
Tuesday, 14 January 2014
Poem
and if you don't
like me, as I do you:
I understand.
because who would
really choose
a daisy, in a field
of roses?
{Julie Martinez}
like me, as I do you:
I understand.
because who would
really choose
a daisy, in a field
of roses?
{Julie Martinez}
Friday, 10 January 2014
Resolutions?
Assalamualaikum !
So it has been days I havent update my blog, and hi there ! It’s 2014 already. I am 23 going 24. But still, havent
achieved anything significant in my life. Huhu. Aku bahagi ikut kategori tau
nii.
Pelajaran
Okey dah grad pun dalam 3 bulan lepas. Tapi degree is almost
nothing nowadays. Sebab semua orang sekarang ni ada peluang pursue studies
until tertiary education. Apa apa pun, aku bersyukur ada jugak peluang untuk
aku belajar He gave me. Tapi nak kata berjaya sangat dalam pelajaran, hah daakk
pun, aku kategori so-so, sebab aku tak rajin pun nak study lebih-lebih. Kalau
subjek yang aku suka, memang keja belek je la buku dia, tapi kalau yang aku tak
minat, buku subjek tu aku bukak time dalam kelas dan time buat assignments
sahaja. (adik-adik, tolong nah, jangan ikut perlakuan tak semenggah itu) . Aku kalau
bab menghafal, kirim salam awal-awal, otak aku tak boleh cerna kenapa kena
menghafal lepas tu masa exam hang kena keluaqkan apa yang hafal tu ke dalam
bentuk tulisan lepaih tu habih ja exam, hang pun lupa ingatan. Aku lebih kepada
pemahaman konsep. Conceptual understanding. Aku kena paham sesuatu konsep, dan
kena aplikasikan konsep yang aku paham tu kedalam soalan yang ditanyakan. Haa
kalau jenis yang tu, alhamdulillah aku scored well. Tapi kan, biasalah,
sekarang ni your intelligence is measured based from your memorization. Gituu. Maaf la,aku menceceh tadi tu sebab nak
menjustifikasikan perbuatan aku yang kurang study, hehehehehe. Taapi, sekarang
ni aku masih mengulangkaji apa yang aku belajar, tanpa tekanan (sebab dah tak
ada exam), macam rugilah kan kalau aku terus terlupa apa yang aku belajaq
selama 3 tahun tu. Dan aku jugak memasang impian nak jadi sukarelawan mengajar
to the needy. Ilmu yang bermanfaat ni saham akhirat, aku ni pahala takdak pun,
jadi kena la cover kan. Aku pun nak berbahagia di ‘sana’ J
Pekerjaan
Itu bab pelajaran lah, bab lain, hmm aku masih menganggur,
ada jugak la peluang kerja mai tapi entah lah, tak boleh nak dipenuhi atas
beberapa faktor. Aku tak memilih pun nah tapi kena pertimbangkan la pro dan
kontranya. Dilemanya hidup. Dilemanya jadik orang besaq ni. But the contentment is there because I teach
kids in my neighbourhood. Okey la kan, sekurang-kurangnya ada lah jugak jasa
tu. Walaupun tak la hebat macam the real teachers, maaf la, aku ni belajar
English ja, pedagogi, art of teaching apa semua tu tak belajaq pun. Ada sikit
ja basic, tu sebab subjek Language Teaching and Learning masa semester 5 dulu.
Dan memang pun kalau dah kerja nanti, aku nak teruskan mengajaq sukarela ni.
Kalau dapat tolong mengajaq anak-anak pelarian pun okey dah. Kesian kat depa.
Huhu. Ataupun masuk rural areas, dan mengajaq. Nampak la jugak hidup tu
beragenda. Aku takmau la hidup aku ni
nanti hanya berkisar dengan kerja, dapat gaji, shopping itu ini, tunggu weekend
untuk berehat sepenuhnya, having fun etc, kalau boleh nak la menyumbang kepada
masyarakat. Untuk apa hidup kalau tak berjasa, betoi dak ?
Keagamaan/Kerohanian
Ok aku masih di tahap so-so. Umur dah 24 ni oi, kena
improve! Duk pasang impian nak kena pegi mengaji agama. Dapat pegi kelas agama
during weekend pun okey sangat dah. Dan
memang kena pegi jugak tahun ni. Fardhu ain pun aku meraba-raba dalam kegelapan
lagi. Sedih aih macamni. Dengan segala fahaman mengarut yang timbui
sekarang,eee aku memang kena pi ngaji jugak!! Tajwid pun nak kena belajaq balik. Memang la
tau hukum tajwid tapi kalau boleh pengetahuan tu kena bagi dalam lagi. Nanti aku nak ajaq ngaji kat anak-anak camna
kan kalau ibunya pun ting tong lagi. Nanti jadi bagaikan ibu ketam mengajaq
anak anaknya berjalan. Ibu ketam pun jalan senget senget lagi ada hati nak
suruh anak dia berjalan straight (-_____-) Dan kalau aku master dah hukum
tajwid ni, aku nak mengajaq jugak.
Hehehe jadi ustazah farah. Pegang rotan sebelah tangan. Tapi jangan
risau la, aku tak rotan aih, saja pegang.
Kesihatan
Benda pasai kesihatan yang aku baru discover adalah terapi
oil pulling. Silalah google apakebenda oil pulling ni. Ayurvedic. Katanya bagus
untuk kesihatan oral, dia tarik toksin, dan jugak bagus untuk melegakan
premenstrual syndrome. Haa sesapa yang kalau pms ( time orang perempuan jadik
incredible hulk, keja nak marah ja, tak pun sakit perut terguling-guling,
silalah coba) . Boleh guna minyak kelapa, minyak zaitun, minyak flaks, minyak
petrol , eh dak. Aku guna minyak zaitun tapi minyak zaitun mahai la. Mana nak
sapu kat rambut lagi, kulit lagi, nak oil pulling ni mau kena guna satu sudu
besaq, kalau sehari 2 kali buat oil pulling, tak ka cepat habih minyak tu, 2
botol sebulan pun tak cukup. Enough about oil pulling. Vegetable smoothies. Ni
pun aku buat. Rasanya sedap la jugak. Selalunya aku blend segenggam bayam (
atau sayuran hijau yang lain), tomato, lobak merah, pisang dan lain-lain, letak
ayaq sikit, blend. Takyah tapis, minum ja. Ni untuk detox badan. Dah 24 weh,
kena jaga badan. Minum ayaq kena banyak. Minum ayaq lemon right before you
start your day. Untuk detox jugak nih. Ais takmau ya. Nanti buncit. Aigooo.
Jangan minum ayaq putih banyak waktu malam, nanti water retention. Makan madu.
Tapi madu aku dah habis stok. Aku suka madu New Zealand tu, clover honey, mild
ja rasa dia. Haa early to bed, early to rise. Aku failed betoi bab early to bed
ni, mata tu kadang ngantuk tapi takleh tidoq. Mata aku terkebil-kebil ja
pandang siling dalam gelap. Cemana nak bagi tidoq awai ni. Aku kalau boleh
pukul 10 nak tidoq dah. Kena paksa diri nih.Hmmphh. Makan habbatus sauda jugak. Tapi jangan banyak,
7 biji cukup. Satgi demam pulak kalau banyak, sebab habbatus sauda ni sifat dia
panas. Aku nak beli minyak argan la, walaupun harganya.. hehe seram nak taip
kat sini. Workout. Aku buat jugak. Badan tu kena ada tone. Buat squat pun best.
Sore habis muscle aku. Planking, hmm tahan
1 minit or so, nak putuih urat perut aku rasanya. Huhu. No pain, no gain. Dan aku kena istiqamah berworkout. Istiqamah jaga makan minum. In fact, banyak kekurangan yang aku kena pertingkatkan.
Kesimpulannya, banyak benda yang nak dicapai. Dan masih tak
tercapai. Moga ALLAH permudahkan segala-galanya. Ameen !
Saturday, 4 January 2014
Quote
Our policy was always to have a good and friendly relations with anyone. But we never have accepted being oppressed and we will never accept it.
-Ahmed Shah Massoud ( you people should read about him )
-Ahmed Shah Massoud ( you people should read about him )
Friday, 3 January 2014
Wednesday, 1 January 2014
2014 Handbook ( Deeds )
- Jaga ibadah fardhu.
- Extrakan pahala dengan ibadah dengan solat sunat
- Solat sunat rawatib
- Solat sunat awwabin
- Solat sunat Taubat
- Solat sunat witir
- Solat sunat dhuha
- etc
- Tambah lagi dengan ibadah sunat yang lain. Puasa sunat dan apa-apa ibadah yang sunat lah J
- Quran. Kena baca walaupun hanya satu muka surat sehari. Baca terjemahan sekali, macam terer sangat dah takmau baca terjemahan, :p satu huruf 10 pahala. Satu muka surat roughly ada berapa huruf? dan roughly 3 minit je nak habiskan per page. Cuba anda darab total huruf dengan 10. Kaya tak? Kalah oil magnate tahu? :D
- Daily quran recitations- Ar Rahman, Al Waqiah, As Sajadah, Al Mulk, Al Kahfi on Fri. Make it possible, (tuan blog please jangan *baloq sangat)
- Zikr dan selawat. Ini perlu. Sebab kadang-kadang mulut tu melencong. Contoh terbaik, aku. Baru je aku nyanyi bait-bait lagu sixpence none the richer- kiss me. Cemana kalau orang dengar? Kalau zikir dapat jugak pahala.
- Mathurat pun patutnya takleh tinggal. Sobs
Glosari
*Baloq= Indescribable level of laziness :p
Subscribe to:
Comments (Atom)

