Tuesday, 29 October 2013
Sunday, 20 October 2013
Peneman Iman dan Taqwa
Ada orang nak kahwin hujung November ni !! I'm extremely surprised ! Ternganga jugak aa tadi. Tahniah! untung sang peneman iman dan taqwa kamu itu untuk mendapatkan seseorang seperti kamu (ayat yang aku petik dari status facebook dia). Dia kata 'peneman iman dan taqwa'. Diulangi, peneman iman dan taqwa. Amboi manis sangat tu bro!
Semoga berbahagia! :)
Thursday, 17 October 2013
The Voice
Aku blogwalking tadi. Aku nak lipat kain sebenarnya tapi mood tak datang. Susah la kan kalau nak lipat kain pun kena ada mood. Jadi dalam satu blog ini, blogger dia letak lagu. Aku rasa lagu indonesian. Lama-lama dengar rasa suka pulak. Tapi ada satu line ni, bunyi dia begini, 'imaginasiku terberai'. Aku tak pernah dengar perkataan terberai itu. Tapi lagu tu touching la. sedih dan penuh jiwa. Aku rasa terheret sama dengan kesedihan lagu itu. Eceh. Aku ikut nyanyi sekali tapi suara sengau dan cepat terasa lelah. Tunggu la lepas suara betul-betul ok. Tunggu la !!
Wednesday, 9 October 2013
Incredible Hulk
Semalam gelas kaca pecah berderai ditangan. Tak jatuh ke
lantai pun. Its either the glass memang rapuh atau aku dah berevolusi menjadi incredible hulk ?
Saturday, 5 October 2013
3 Tahun Untuk Dikenang
Edisi dua
Sambungan dari sini
Selesai sudah minggu mesra pelajar.
Seminggu penuh seksa. Hohoo. Seminggu dimana 3000 orang ‘freshies’ berkumpul dalam dectar. Seminggu the whole UKM kelihatan biru, baju rasmi mesti warna biru. Seminggu
hati rasa bengkak sedikit. Eheh. Sebab aku tak suka disuruh rushing ke sana sini, aku tak suka
disuruh makan laju-laju, aku tak suka disuruh solat cepat-cepat. Dan tak suka
bila disuruh buat persembahan. Kalau disuruh menonton persembahan, haa yang itu
bagai pucuk dicita ulam mendatang bagi aku.Minggu orientasi ini jugak la aku
berkenalan dengan bakal coursemates, seramai
3 orang, ya kami satu kolej kediaman. Hati berbelah bahagi sebenarnya sepanjang minggu tu, dalam hati
terfikir-fikir, is this what I want, is
this what I’m lookin for, kenapa UKM, kenapa bukan universiti lain though aku tak ada pun mana-mana
universiti spesifik yang aku idamkan. Ditambah dengan status minggu orientasi
sebagai minggu paling tunggang-langgang. Erk. Tapi pada masa yang sama, rasa seronok sebab dapat
ramai kenalan baru, rasa seronok sebab iyalah, aku tak pernah tinggal di hostel
sepanjang 20 tahun hidup. It’s a whole
new thing for me back then. Dan aku juga berbelah bahagi mengenai kos
pengajian, sebab memang lah English is one
of my desired field that I want to delve in, but I was also possesing a deep
interest towards landscaping, amenities etc. Tapi entah kenapa, aku tak
pohon pun kos-kos berkaitan landscaping ,
amenities ini. Well this is His plan
for sure J
Sebab kalau aku tak belajar di UKM, mungkin jalan cerita hidup aku bakal
berbeza. Mungkin aku tak jadi macam aku sekarang.Segala-galanya mungkin.
Kelas bermula. Life as a freshie was really good. Tapi aku develop habit tidur lambat. Kadang-kadang pukul 4 pagi baru aku tidur,
pukul 6 lebih dah bangun, bersiap, dan pergi kelas like nothing happened. I was
sleep deprived but I wasn’t sleepy during classes. Mungkin persediaan
dalaman untuk berjaga sepanjang malam buat assignment,
hahaha okay that’s one lame excuse.Third week of enrollment, I’ve got roommate.
Kelantenese. Different faculty. Nice person.As time goes by,Ramadhan pun
menjelang.Ramadhan pertama that Im away
from family. Selalu buka puasa
dengan kawan-kawan baru. Hampar surat khabar atas lantai, tunggu azan and voila!
Makan time. Dalam bulan Ramadhan
tahun itu juga, aku bermula perlahan-perlahan in fixing myself. Fixing,is
that word even right to be used in this context ? Haha. Ok mari teruskan. I wanted to be good, meaning that
mana-mana lompang dosa yang aku boleh tutup, aku cuba untuk tutup. Sebagai
contoh, aurat. Umur pun dah 20, mesti sedikit sebanyak the turning point is approaching,even up until now aku tak lah
layak nak digelar baik ke apa ke. Untuk digelar solehah, hmm memang tak ah,
jauuuh sekali. Tapi why not I give it a
try kan.
Mula-mula tudung, aku belajar pakai
tudung lepas ke bawah dengan satu pin pada
awal semester satu, ini sebab peer
influence la nih, hehe, kawan dengan geng bertudung bidang besar it cant help! Aku rasa insecure
kalau jalan bersama dengan those
gengtudungXXL. Rasa macam, why cant I be
like that? I need to. And I think they look sweet, I pun nak
kelihatan sweet jugak! Haha. Niat tidak berapa tulus itu hey! Jadi
itulah titik permulaan aku. I did try to
labuhkan tudung itu, walaupun tudung aku tu hanyalah tudung bawal bidang 45,
bidang standard tudung bawal. Tudung
tu sebenarnya okey je bahagian depan, boleh tutup dada, tapi itulah, bahagian
belakang agak singkat dan tak mampu tutup bahagian belakang. Kalau badan kau
macam lelaki, macam plywood (hehehe), tak
apa lah nak pakai gitu tapi fisiologi tubuh kita adalah berbeza. Tapi hakikatnya
masa tingkatan enam pun aku dah mula pakai tudung tanpa silangkan tudung tu ke
bahu, tapi kadang-kadang silangkan jugak ! Haih. Aku mula belajar berstokin
kaki waktu pakai kasut/selipar/sandal. Sebab sebelum ini aku ingat kaki itu
bukan aurat, as long as you are not showing
off your thighs and calves, gitu. Aku salah. Rupanya ada dua mazhab yang
berpendapat kaki itu aurat dan sebaliknya. As
someone yang berpegang dengan mazhab Syafie, kaki itu dianggap aurat. Maka
berstokin lah aku. Trust me, once you
have started to wear socks, you cant possibly take it off , again. Sebab
rasa naked cemana entah kalau tak
berstokin. The good thing is, it prevents
your kaki not to have a sunburn.
Hahaha. Ok ke situ pulak hang pikir ye tuan blog.
Dan Alhamdulillah sampai sekarang, almost two years berstokin J dulu-dulu masa beginning pakai stokin, ada sedikit
rasa cuak, mampu ke aku stick dengan stokin, yelahh kadang-kadang panas kot.
But hey, I survived! And my kaki tak ada belang-belang dah sebab belang-belang
kesan sunburn looks so inhumane you know.Hahaa. Dan aku pertama kalinya beli
tudung bidang 55 kot. Warna cream gitu. Dan mula membeli tshirt Muslimah yang
labuhnya sampai ke lutut. Bab solat, insyaALLAH masa tudung tak berapa nak
labuh dulu pun, insyaALLAH rasanya tak bermasalah. Tapi yelah, sebenarnya kena
pertingkatkan kefahaman mengenai solat. Cuma itulah, cara berpakaian itulah
yang tak berapa nak syariah compliant. Tapi aku tak pakai lah baju ketat,
seluar ketat sebab dulu aku suka pakai baju kurung! Baju kurung aku sangat
banyak!But still, tudung tak lepas syarat, kaki tak lepas syarat, and without
handsock. L Sangat menduga sebenarnya pakai labuh-labuh
dan tebal ni, kadang-kadang panas tapi tak apalah, namanya pun dunia ni tempat
diuji, maka kenalah tahan ujian kan. Tapi lama kelamaan, dah biasa. Tak lah
terasa sangat panas tu. J
Masa semester satu tu jugaklah,
aku aktif betul berfesbuk. Silly ! Newbie
lah katakan. Hahaha! Malu sendiri bila kenangkan balik semua tu. Peperiksaan
semester pertama, hmm tak adalah susah sangat dan tak senang jugak.Tapi subjek
Dr Fariza memang susah la. Sebab subjek tu geng english morphology and syntax.
Tapi sekarang aku tengah revise
balik, mana tahu nanti boleh ajar orang kan. Tokwan belah abah aku pun
meninggal masa awal Muharram tahun tu. Masa tu tengah tunggu result exam first semester. Cuak la sikit. Bila
result keluar, check guna sms, check result tu waktu majlis tahlil
arwah tokwan. Hmm result just nice la, Alhamdulillah. Tak cemerlang sangat dan tak
lemah sangat. In between. Pointer 3
something. Haha padan la dengan aku ni yang tak pernah betul-betul serius
menghadap buku. Ain dan family datang
rumah bulan disember 2010 tu. It was
nearly 3 years that we havent met because they moved to Pahang as soon as Ain
finished her SPM papers in 2007. They
came to Kedah because they were having rombongan meminang on her uncle’s
behalf. Sekarang Ain pun dah nikah. Cepatnya masa berjalan! Hujung tahun tu
jugak tak silap aku masuk semester 2.
Dan bermula semester 2 jugak lah tudung aku dah jadi ala-ala ustazah,
tapi perangai tak berapa nak ustazah lagi sebab mana ada ustazah gila-gila kan.
Walaupun orang yang tak kenal aku suka anggap aku ini stok lemah lembut gemalai
ayu layu apa semua, tapi itu semua dusta sahaja. Dah kenal tahulah cemana.
Hahaa :P
Bersambung J
Friday, 4 October 2013
Laporan pendek
Perut ada sikit rasa lapar. Mata ada sikit rasa ngantuk. Badan ada sikit rasa letih. Hati ada sikit rasa sangsi. Errr.
I need a PROPER REST and an EARLY SLEEP .............................................
Thursday, 3 October 2013
Oh Malaysiaku!
Banyaknya ketirisan dalam perbendaharaan negara, saya tak fitnah tapi itu Laporan Ketua Audit Negara 2013.
Ambik seposen duit yang bukan hak kita pun nanti kena dakwa di 'sana', apatah lagi dengan jumlah yang jauh lebih besar.
Tapi itulah, tahun-tahun lepas pun ada laporan ketirisan, tapi 'makhluk-makhluk' yang berkenaan masih bebas tak didakwa.
Begitulah Malaysiaku yang bebas rasuah, bebas kronisme, dan punya tahap integriti yang hebat! :)
Subscribe to:
Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(93)
-
▼
October
(12)
- mixed feelings. ada rasa gembira, ada rasa sedih. ...
- Peneman Iman dan Taqwa
- aA+bB
- The Voice
- Baju konvo tak cari lagi. Kasut tak cari lagi. Tud...
- Incredible Hulk
- 3 Tahun Untuk Dikenang
- Because they were roses and I was just a dandelion...
- Laporan pendek
- Speechless
- Oh Malaysiaku!
- Aku harap aku tak termasuk dalam golongan meringan...
-
▼
October
(12)